learning (144) diary (107) picture (93) religion (91) recipe (38) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Saturday, September 16, 2017

Resepi Ayam Percik Kelantan

Assalamualaikum, Nihao, Konnichiwa..

Kali ni nak berkongsi resepi buat ayam percik. Resepi turun temurun yang susah nak jumpa kat kedai tapi sedap.... Sesiapa yang ada citarasa pantai timur, insyallah memang suka.

Bahan-bahan:
1. Ayam - 1 ekor. Potong kecik.
2. Bawang merah - 1biji
3. Bawang putih - 1 biji
4. Halia - 1/2inci
5. Garam - secukup rasa
6. Cili api* - optional. letak kalau suka makan pedas. tapi saya tak pernah try lagi. lepas ni mungkin akan cuba.

Cara: Tumbuk semua bahan 2-5, kemudian sapu kat ayam. Masak guna pemanggang ajaib sampai agak kering air.

Bahan sos:
1. Serai -1-2 batang. Diketuk.
2. Asam keping - 1 keping.
3. Bawang merah - 6-10biji bergantung kepada saiz ayam. Boleh tumbuk sampai lumat atau blend sekali dengan santan.
4. Santan pekat - RM2 X 2-3 ( atau lebih kurang 300-400 (bergantung kepada suka makan kuah banyak atau sikit).
5. Air - kalau nak bagi cair sikit.
6. Garam dan gula -secukup rasa.
7. Tepung beras - 1 sudu teh. masukkan lepas semua bahan ni dah mendidih.

Cara : Campur semua sekali gus dan masak samppai pekat dan mendidih.

Lepas dah siap kuah, baru tuang kuah keatas ayam tadi dalam pemanggang dan biarkan atas api sampai kering/kekuningan. Atau boleh juga dibakar dalam oven atau dipanggang.

Siap untuk dihidang.~

Gambar lupa nak snap untuk upload sini. sob3.. Nantikan menu seterusnya. Resepi yang lazat yang susah nak cari dikedai. hihi biasanya ayam percik kat kedai warna merah atau kuning.

oklah, itu saja kali ini. memasak memang best. sebab kita dapat kawal dan tahu  bahan2 yang dimasukkan dalam makanan kita.

jaane~ zai jian~ 

No comments: