Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa..

Hari ni hari terakhir bagi tahun 2017. Jadi mulai tahun depan, saya nak set azam baru. Renew azam lepas-lepas. Tahun ni merupakan tahun yang bermacam-macam perkara berlaku. Penuh memori dan sandiwara. (*^▽^*) Alhamdulillah masih dikurniakan rezeki hidup dan sihat walafiat. Jadi saya akan ringkaskan perkara yang telah saya lalui sepanjang tahun ini.

Hidup yang penuh liku-liku yang sekiranya kita hendak jadikan menarik, memang sangat menarik. Tapi kalau nak stress, memang sampai sudah stress memanjang. Ha...tengok kata-kata hikmah bawah ni. Yang penting kita bahagia. Bahagia sebab kita buat mengikut apa yang 'Tuan' kita suruh. Nanti Tuan kita bagi ganjaran berganda kat alam sana. Takkan tak mahu... ye dok...
The greatest challenge in life is discovering who you are. The second greatest is being happy with what you find. So, apa2 benda yang berlaku seperti ujian-ujian keliling ni sebenarnya menyebabkan kita kenal lebih dalam pasal diri kita. So dengan mengetahui kelemahan dan kekuatan kita, kita boleh jadi lebih kuat tau. Maju kehadapan dengan lebih cepat dan effisien. jom!!!!

Aktiviti yang dibuat:
  1. Mendapat pekerjaan kontrak kerajaan. Melalui proses latihan yang agak mencabar dari segi mental selama 52 minggu bermula daripada 5 disember 2016. Tapi alhamdulillah dah berakhir dengan jayanya. Latihan yang melatih emosi dan mental supaya lebih kuat dan dapat menahan.
  2. Rezeki diberikan pasangan hidup. Alhamdulillah semoga dengan kurniaan rezeki ini dapat memudahkan kita semua  ke syurga Allah nanti. Masa ni memang sangat adhoc dan tak sempat nak fikir panjang sangat. Sebab masa tu tengah fikir benda lain.
  3. Jalan-jalan melancong ke Cameron Highlands. Post berkaitan akan ditulis dalam masa terdekat.
  4. Melawat Night Safari, Perak. Recommended pergi kalau anda suka jalan-jalan dalam gelap menikmati keheningan malam yang sunyi daripada hiruk pikuk buatan manusia. Anda boleh dengar bunyi2 binatang dalam hutan.
  5. Melawat 3D Trick Art Museum, Penang. Recommended kalau anda suka sangat selfie dan tengok benda yang trick2.
  6. Melawat Museum Perak. Recommended untuk orang yang sukakan sejarah.
Sebenarnya tak la banyak mana sangat yang dibuat sebab kebanyakannya aktiviti indoor. Cam menjahit, memasak, tidor, main kucing. hihi.. bosan pulak kalau cerita benda-benda indoor.
 Masih tak berapa rajin nak taip panjang. Tapi nak menaip juga. hihi.. Jadi, masuk ke bab seterusnya iaitu azam masa hadapan.

  1.  Nak jadi lebih penyabar dan lebih tenang dari segi mental dan perbuatan. Tak cepat melenting, bertenang bila menghadapi ujian. 
  2. Update blog lebih kerap. Mungkin sebulan sekali.
  3. Buat video masakan dan upload ke youtube channel. Dah berhabuk tebal dah youtube sebab lama tak upload. kasihan subsriber kita.
  4. Lebih tersusun kerja. 
  5. Tidak mengharap dan meminta-minta dekat orang. If u still can do it by yourself, y want to burden other people right? But as long as I'm alive and able to help, I will help people around me as much as i can. I like seeing people with happy face eventhough I might be having sour face after that. hahaha (coz feeling extremely tired)(=´∇`=)Btw, nak bagitahu tips skit. Rasa kalau ibu-ibu memang camni. iaitu eventhou rasa cam 'kalau boleh nak rehat 24jam', tapi bila anak nangis, mesti terus layan sebab tak sampai hati. So, kita pun boleh juga. Maksudnya sekiranya rasa pemalas sangat or rasa cam letih sangat eventho tak buat kerja banyak, jangan layan sangat perasaan tu.
  6. Baca sebuah buku untuk setiap bulan.
  7. Mengaji dan tambah ilmu agama & berkaitan kerjaya setiap hari / minggu.
  8. Exercise sekurangnya2 1jam setiap seminggu. (patutnya 3 kali seminggu. hihi)
  9. Kurangkan pembuatan 'hujan' didepan orang. haha 
  10. Nak cuba try jadi macam artis. Pandai sorok sesuatu eventho tak suka or geram. haha
  11. Nak jahit pakaian sendiri.
  12. Kurangkan pembelian yang tidak ada keperluan.Benda ni sangat penting tau tak. Sebab ada orang yang memang kaya dah, tapi sebab selalu beli tanpa ada keperluan, dia macam orang miskin plak. Ni panggil membazir. Jangan membazir nanti syaitan happy.
  13. Belajar & PRAKTIS bahasa Mandarin dan Arab dan English.

Btw, dah makin meningkat umur ni, makin letih je banyak. Rasa macam dari segi tenaga tu, aging very fast compared to actual value. hahaha wonder betul.. Mungkin sebab rasa badan tough, then jadi overwork, tu yang jadi overfatigue. hihi Takpa2, sekejap je tau dunia ni. ok? so kawan-kawan saya yang selalu rasa stress dan berbagai-bagai lagi mental disturbances tu, dont overthink k... Everthing is temporary. Yang penting, jangan lupa doa minta kat Tuhan supaya diberi kekuatan selalu.

Ok la, itu saja kali ni. Nanti saya bebel lagi di post akan datang. tataatata zai jian~

Comments