Assalamualaikum, Ni Hao, Konnichiwa..
Hari ini saya hendak berkongsi tentang demam denggi. Saja nak berkongsi sebab sebelum ni pernah mendapat perkongsian tentang denggi. Jadi nak taip sini supaya senang nak rujuk sendiri. hihi
Nyamuk aedes ada dua jenis. Aegypti dan albopictus. Aegypti ni yang membawa virus demam denggi dan hanya keluar waktu senja.
Kitaran hidup nyamuk ni sangat pendek dan cepat membiak. Jadi sama-sama la kita jaga supaya tidak ada air bertakung. Paling cepat 10 hari bergantung kepada keadaan dan suasana yang kondusif.
Antara tanda-tanda denggi (sekurang-kurangnya dua daripada dibawah) ialah :

- Muntah (termasuk mual)
- Sakit otot dan sendi
- Cirit birit
- Ruam kulit
- Sakit kepala (termasuk sakit dibelakang mata)
- Hidung dan gusi berdarah
- Demam tinggi lebih daripad 40 degree celcius
Denggi yang serius akan membahayakan nyawa dan adalah kritikal untuk mendapat rawatan 24-48jam yang pertama selepas munculnya tanda-tanda yang serius.
Tanda-tanda denggi yang serius biasanya muncul 3-7 hari selepas kemunculan tanda denggi yang pertama.
Kalau buat blood test, boleh tengok Hematocrit level tinggi manakala platelet level rendah.
Progres tanda amaran denggi yang serius:
- Sakit abdomen yang serius (due to plasma leakage sebab platelet low)
- Hidung dan gusi berdarah
- Muntah +/- darah yang berlarutan
- Kesukaran bernafas (kerana blood volume dan Hematocrit level low)
- Mengantuk, bingung, sawan.
- Tangan atau kaki yang sejuk / lembap, pucat
kalau tengok kitaran hidup ni, memang boleh membiak dalam sekelip mata saja ya. sangat merbahaya. Sekali kena denggi, lepas ni komplikasi kena denggi kali kedua boleh membawa maut terus. |
Itu saja pada kali ini. Marilah bersama-sama menjaga alam sekitar.
Jump lagi. Zai jian~~
Comments