learning (144) diary (107) picture (93) religion (91) recipe (38) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Wednesday, May 02, 2018

Resepi - Popia Goreng & Kuah

Asssalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa..

Kali ni berkongsi tentang cara buat popia. Walau pun tak pernah buat sendiri, tapi resepi ni dibuat oleh adik memang jadi dan sedap. Maka jom la cuba. Resepi di copy paste daripada sini.



INTI
Bahan-bahannya: 
1 pinggan makan taugeh
1 biji sengkuang (saiz sederhana)
2 batang lobak merah
1 genggam ikan bilis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara membuatnya:
1) Tumbuk ikan bilis & bawang
2) Potong sayur nipis2 dan memanjang
3) Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk
4) Masukkan karot & sengkuang. Kemudian taugeh
5) Toskan sambil biarkan inti sejuk

KUAH
Bahan-bahannya:
15 biji cili kering - dipotong & direndam air panas
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu kicap manis
1 keping manisan / gula perang
Gula & garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1) Kisarkan cili kering & bawang besar, bawang putih
2) Tumis sampai garing / pecah minyak
3) Masukkan kicap, gula & garam

KULIT
50 keping kulit popia
Sedikit tepung gandum dicampur air
Gulungkan, basahkan hujung kulit dengan tepung gandum yg dicampur air utk lebih mudah melekat.

Selamat mencuba.. Jumpa lagi. Zai jian~

No comments: