Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,
Selepas sekian lama menyepi, kali ini kita nak kongsi point-point yang telah ditaip sekian lama. Point ni mungkin berguna untuk sesiapa yang terlibat dalam mana-mana organisasi. Untuk muhasabah diri.
Antaranya :
1. Kepentingan tersusun. Kejahatan/Kebatilan yang tersusun dapat melemahkan kebaikan yang berterabur. Bandingkan sendiri tersusun dan beratur. Mana senang cari dan sedap hati? Sama juga dengan perkara2 dalam hidup kita.
2. Rekod kewangan. Amanah paling penting sebab boleh kita tengok dan kira. Setiap penggunaan wang perlu direkodkan supaya ada bukti menunjukkan anda tidak menyalah gunakan serta amanah dalam memegang wang. Amanah ni tugas yang agak berat.
Alasan sekadar tidak tahu amat sukar diterima kerana anda yang bertanggungjawab dalam urusan berkenaan. Jika anda tidak tahu, anda rasa orang lain yang tidak terlibat secara langsung akan tahu?
3. Kepentingan menjaga emosi. Kita buat kerja kerana Allah. Jadi kenapa perlu berlebihan? Emosi bagus sehingga satu tahap tetapi tidak boleh berlebihan.
4. Kepentingan memahami orang dan situasi bagi mengelakkan salah faham. Antara cara utama ialah dengan banyak bertanya dan memerhati.
5. Kepentingan muhasabah /post mortem/ kenal pasti punca utama masalah supaya kita tak ulang masalah sama pada masa hadapan.
6. Kepentingan bekerjasama dan kualiti kerja dalam kumpulan serta mesyuarat. Hadir ke mesyuarat penting jika mahu putuskan sesuatu perkara. Patuh kepada persetujuan penting untuk bergerak dalam landasan yang selari. Agree to disagree.
7. Kepentingan SOP dan adanya penggerak. Setiap gerak kerja mesti ada panduan untuk orang ikut supaya menjimatkan masa. Tidak perlu mula daripada kosong kerana kita sudah ada organisasi yang 'well established'.
Hidup ini adalah persinggahan yang sementara. Selepas kita tiada, maka orang lain akan menyambung tugas kita. Oleh itu, pentingnya ada SOP yang jelas dan bertulis.
8. Kepentingan makanan roh yang berterusan serta brainwash. Bak kata Sheikh Hamid Elwa, aktiviti yang dilakukan dalam/ untuk organisasi akan menyebabkan pegeseran yang mungkin mengeluarkan api. Jadi pentingnya ukhuwah serta makan roh untuk menyejukkan kembali.
9. Kepentingan perbezaan seorang bos dan leader.
10. Kepentingan mengetahui objektif dan kesan sesuatu perkara / program.
11. Kepentingan untuk berubah untuk kebaikan walaupun amalan tersebut sudah lama menjadi tradisi sesuatu organisasi.
12. Kepentingan ada agenda mesyuarat yang jelas supaya lebih teratur dan tercapai misi. Mesyuarat yang memerlukan kerja awal seperti perbandingan sesuatu perkara, perlu dilakukan dahulu sebelum dibentangkan dalam mesyuarat. Ini akan dapat menjimatkan masa.
14. Kepentingan dokumentasi yang tersusun dan mudah diakses serta dicari bila memerlukan. Bagaimana mahu meningkatkan prestasi sekiranya kita tiada rekod dokumentasi? Kerana salah satu kelemahan manusia ialah lupa. Bagaimana mungkin mahu improve jika sudah lupa dan tiada rekod?
15. Kepentingan buat kerja dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat dan minat. Apa gunanya buat kerja sambil lewa dan hasil yang amat mengecewakan? Apa perasaan anda bila menerima kerja orang yang buat secara sambil lewa? Akan banyak lompong, bermasalah, salah, dan macam-macam lagi.
Penting amalkan 'double check' selepas kita siap kerja.
Penting juga buat kerja dengan ingat dalam kepala perkara ni:
"Aku buat kerana Allah"
"Aku harapkan balasan daripada Allah diakhirat nanti. Kalau dapat di dunia, itu bonus."
"Aku suka ka kalau orang bawah aku buat sambil lewa kerja?"
"Tujuan aku buat semua ni kerana apa?"
16. Cara kenalpasti orang yang boleh membantu gerak kerja kita ialah dengan perhati kekerapan dan jenis program yang dia hadir & sembang-sembang santai. Perkara ni memang akan makan masa kita. Macam main saham lah. Perlu buat pelaburan untuk tuai hasil. Labur masa, hasil pasti dapat insyallah sebab kerana Allah kan?🤗
Okay, itu saja kali ni.
Nanti kita sambung bebel lagi.
Banyak nak tulis. tapi tak ada masa. Jumpa lagi.
Babai.. Tata..Sayounara..
Comments