Tips & Pengalaman Bela Ikan Hiasan dalam Akuarium (Ikan Air Tawar)

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,

Nak kongsi tentang kisah bela ikan. Teringin nak bela sebab suka tengok ada binatang dalam rumah. Rasa seronok.

Kalau bela ikan, ikan red eye swordtail comel sebab merah menyala.  Tapi senang kena penyakit. Hari tu bela 6 bulan ja tahan. Pastu tiba-tiba innalillah wainna ilaihirajiuun. Red eye swordtail ni kena bela dalam akuarium tertutup atau dalam  ya. Sebab depa suka melompat. Hari tu seekor ditemui mati kering sebab melompat. Ada 1 kali tu melompat dan sempat diselamatkan. 

Pastu ikan clown loach pun mati mengejut. Padahal air ikan tu paling lama pun 1 bulan ja tak tukar. hihi Air memang jernih. Tak busuk, tak kotor. Rasa nak berenang lagi tu dalam tu. Ada pokok, pasir, dan tanpa untuk pokok. Aquascape orang panggil. Tapi pelik kenapa dapat penyakit.. Hmmm ada sapa-sapa tahu ka kenapa? 


Clown loach tu bela sebab nak suruh makan siput dalam akuarium yang tiba-tiba muncul banyak. Nama dia clown sebab dia tidur terbalik macam mati dan menyorok celah-celah batu/kayu. Kalau macam memang tak perasan. Tapi nanti tiba-tiba muncul. Mulut dia belah bawah dan ada macam jarum untuk sedut siput. Memang mujarab untuk kawal siput dalam akuarium. Lepas ada clown loach, dah tak jumpa siput. Yang jumpa adalah kulit siput. hoho

Cuma syukur alhamdulillah ikan gold alage eater masih hidup sampai sekarang (Feb 2019) sejak beli masa Ogos 2018. Dia sedikit agresif suka kejar ikan lain. Tapi seronok sebab dia aktif dan warna oren. Cuci cermin dia tolong jaga.

Sekarang ada ikan guppy jantan ja. Beli sejak Jan 2019. Yang betina mati tiba-tiba. Tak sempat lagi nak beli balik pasangan dia. Akuarium saiz 31L ja. Mini akuarium. 

Kos nak setup semua akuarium walaupun saiz mini tapi ada aquascape bagai ni anggaran dalam RM400 (2018). Kos bergantung kepada berapa kompleks atau mewah nak dibuat kat akuarium tu. Boleh dekor ikut kesukaan kita. Tapi kalau ada ikan agresif macam algae eater, memang jadi serabut balik tanah +pasir walaupun kita dah buat bagi cantik-cantik. haha

Tapi pesanan untuk orang yang baru nak mula bela ikan. Kalau boleh tak payah beli akuarium saiz kecik sangat sebab nanti tak boleh pakai filter besar. Bila penapis dia jenis kapas ja, nanti kena kerap tukar air. Akuarium kecik tak dak nak pasang penapis besar. Tak kesah lah nak sepasang ikan kecik ja pun. Tapi penapis penting sebab nanti keja kerap tukar air. Agak mencabar nak tukar. Air pulak saya pakai air tapis 3M. haha Demi kesihatan ikan, pakai air macam tu. 

Ikan kalau dah kena jangkitan kulat dll, mencabar nak rawat. Kena masukkan garam akuarium & anti chlorine. Saya pakai brand Tensiongon. Garam makan tak boleh masukkan dalam akuarium ya. Tak sama. Hari pernah cuba masukkan ubat yang warna hijau. Tak tau nama apa sebab cuma ada chemical name. Tapi rasanya macam malathion. Titik beberapa titik ja terus hijau satu akuarium. Tinggal 2 hari, dan buat beberapa kali. Tapi tak dak hasil. Hmm..Sedih juga ikan mati lepas tu.

Kalau ikutkan, nak beli paling besar, boleh pakai filter yang canggih. Tapi apakan daya. Kos tinggi boleh cecah ribu ditambah pula ruang tak ada. Saya minat ikan koi. Besar gemuk cantik dan aktif. Tapi kena ada sistem tapisan yang canggih. Menurut tukang jual ikan, ikan koi akan membesar ikut saiz kawasan.  Maksudnya kalau akuarium kecik, dia takkan membesar sangat la. kesian kat dia nanti.
Sekian saja update tentang ikan kali ini.

Jaane~ Zai jian~

Comments

This comment has been removed by a blog administrator.