Projek Kasih Cuci Rumah

Asssalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,

Kali ni nak mencoret tentang aktiviti mencuci rumah yang diduduki oleh orang tua. Projek saya namakan sebagai projek #tamakpahala (tiru Syed Azmi hahaha) dibuat sementara masih ada tenaga, masa, dan sedikit wang ringgit. Jadi, setiap projek mestilah dibuat dengan perancangan yang teliti kan?

Meh saya kongsi macam mana nak jayakan projek ini.

SEBELUM HARI PROJEK

- Cari kat google dan kenal pasti Tukang Cuci Rumah yang ada. Baca review dan post kat FB dia untuk dapatkan keyakinan memilih dia. Hubungi dia untuk dapatkan harga dan tempah pada hari berkenaan.

Biasanya minimum 4 jam untuk setiap sesi cucian. Kalau rumah tak pernah dicuci, kena ambil sekurang-kurangnya 3-4 sesi.

Harga diambil biasanya dalam RM15 - RM20 per jam. Tapi ada yang agak mahal boleh cecah RM25 per jam.

Ada yang partime kerja cuci. Ada yang fulltime. Ada yang foreigner.

Biasanya tukang cuci akan cuci tingkap, lampu, buang sawang, mop lantai, sapu debu, buang sampah, basuh tandas, kebas karpet, dan lain-lain cucian yang diminta oleh tuan rumah.

Cadangan saya ambil tukang cuci sesi pagi sebab dia masih bertenaga. Kalau dah petang atau terus ambil 8jam, dikhuatiri terjejas kualiti cucian sebab dia dah letih.

Kemudian, tak perlu ambil yang cuci bersama peralatan. Sebab kalau kira kadar bayaran tanpa peralatan lebih berbaloi dan lebih menjamin cucian sebab barang yang digunakan tu memang milik kita dan tak berkongsi dengan sesiapa.

- Maklumkan kepada penghuni rumah terbabit dan orang-orang yang terdekat (sekiranya dia dijaga oleh orang berkenaan)

- Sediakan semua peralatan cucian. Antaranya :

1. Plastik sampah besar & sederhana (bergantung kepada saiz dan jumlah barang yang ingin dibuang)
2. Penyapu lantai
3. Penyapu siling / debu
4. Mop
5. Baldi mop
6. Berus lantai / hijau (senang cuci)
7. Pencuci Lantai (macam Ajax)
8. Sabun tandas
9. Sarung tangan (untuk elakkan tangan bengkak kena air atau keselamatan daripada asid sabun)
10. Penutup hidung (penting sangat sebab nak elakkan daripada selsema)
11. Penolak air (sangat perlu tambah-tambah kalau kita spray air)
12. Water jet (amat memudahkan kerja)
13. Bakul sampah
14. Paip getah air
15. Pewangi rumah (spray lepas dah siap cuci)
16. Surat khabar (biasanya ada orang guna untuk lap tingkap untuk buang debu dan kotoran)
17. Makanan ringan (untuk bagi tenaga macam air sejuk, roti, biskut tapi jangan makan coklat tau)
18. Lain-lain

PADA HARI PROJEK

- Mulakan dengan susun semua barang-barang supaya mudah dicuci.

- Pastikan tiada barang berada diatas lantai.

- Buang semua barang yang sudah tidak digunakan.

- Mulakan cuci dibahagian atas dan yang paling kotor. Contoh mula dengan buang sawang di siling, cuci kipas dan lampu, dan kemudian baru di lantai.

Sekiranya ada banyak tahi kucing atau cicak atau kotor yang banyak disesuatu kawasan, mulakan dikawasan yang paling kotor.

Sekiranya semua hampir sama tahap kekotoran, mulakan di bilik yang paling kecil. Motifnya sebab baru rasa puas dapat selesaikan satu persatu.

- Nasihat penghuni rumah untuk turut sama menjaga kebersihan

- Pastikan semua barang disusun dengan elok supaya mudah dicuci selepas ini.

- Kalau letih atau penat, rehat 10 minit dan baru sambung semula.

- Pastikan dapat rehat yang mencukupi pada keesokannya dan makan makanan yang seimbang.

SELEPAS HARI PROJEK

- Boleh dibuat projek susulan sekiranya tak dapat habiskan cuci.

Lepas habis cuci, memang best sangat perasaan dia. Letih tak payah kata la. Kepuasan tu yang penting. Walaupun lepas tu rasa nak tidor tak mau bangun dah.haha

TIPS 'buang' barang rumah orang yang suka simpan barang :

1. Buang senyap-senyap tanpa ada bunyi
2. Kalau barang tu masih nak guna tapi buruk/kotor sangat, buang dan ganti baru
3. Kalau barang tu memang tak guna dan tak boleh cuci dan terlalu banyak, cuba bodek a.k.a. psiko orang tu supaya tak perlu simpan lagi barang berkenaan.

Itu saja setakat ini. Semoga projek yang dibuat mendapat pahala daripada Allah.

Projek yang julung-julung kali dibuat.

Comments