Resepi Daging Fauzi (Masam Manis)

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,

Kali ni nak berkongsi resepi masak daging fauzi. Nama dia macam ni sebab orang yang bagi. Tapi rasa dia macam dekat-dekat daging masak merah.

Resepi yang paling mudah dan paling senang tapi sedap sebab rasa masam, manis, masin, kenyal. Hehe Sos dia buat banyak-banyak, masuk freezer. Nanti nak makan, masukkan daging ja.

Ok mari mulakan.

Bahan-bahan:

1. Cabai kering -  goreng sampai agak-agak garing. Kuantiti boleh agak-agak nak pedas takat mana. Kalau cabai ni tak cukup garing, nanti kaler dia tak berapa gelap. Tapi kalau ada cili boh, boleh guna tapi warna kurang sikit la. Rasa pun lain sikit.

2. Bawang goreng - boleh beli yang segera senang. Tapi yang segera biasa memang ada tambah bahan lain sikit. Kuantiti pulak boleh ubah ikut nak pekat atau cair. Biasanya saya buat dalam 1-2 cawan bawang goreng.

3. Air asam - kuantiti tu agak-agak dalam 1-2 genggam tangan kecik. Sebab tak boleh banyak sangat nanti masam yang amat.

4. Gula & garam - secukup rasa.

5. Tomato - 1-2 biji.

6. Daging - goreng dengan garam kunyit. Kuantiti daging dalam 300-500gram. Masukkan sekali air dan biar smpai kering. Api besar pun tak dak masalah sebab air banyak. Lepas dah kering, baru masukkan semua bahan-bahan atas ni (1-5). Campur semua dan masak sehingga pekat. Masukkan air untuk ubah kepekatan kuah.

Memasak ni seronok sebab kita tahu bahan apa dimasukkan dalam makanan kita. Makanan kena jaga sebab daripada makanan ni la akan mempengaruhi kesihatan mental, dan fizikal.

Itu saja kali ini. Zai jian~ Tata~

Comments