Assalamualaikum Ni Hao Konnichiwa
Kali ini nak kongsi tentang 'bias leader', maksudnya Ketua yang berat sebelah. Cerita ini lebih kepada pemerhatian dan kajian dan pengalaman dalam pekerja kerajaan. Nak tulis ringkas sahaja. haha Ketua dalam kisah saya dibawah merujuk kepada mereka yang mempunyai orang bawahan, serta mempunyai kuasa mengawal orang serta kerja-kerja.
"Spend money to make character, But dont spend character to make money" |
Sekumpulan kawan-kawan telah menjalani latihan pekerjaan di sebuah hospital kerajaan. Mereka memerlukan markah yang lebih had tertentu untuk memastikan mereka diserap masuk sebagai penjawat awam. Tetapi ketua yang bertanggungjawab memberi penilaian bukanlah ketua yang baik. Mereka menilai berdasarkan siapa paling pandai bodek serta nampak seolah rajin walapun dibelakang mereka hanyalah menipu dan meniru. Akhirnya mereka semua dapatlah seperti yang diinginkan.
Dari segi pemerhatian saya, saya senaraikan point:
1. Mereka yang bekerja (diserap) dalam kerajaan bukanlah pekerja yang terbaik dalam segenap segi. Tetapi mereka adalah orang yang paling terbaik Skil Bodek dan Menipu dan Cakap Banyak dan Pandai Putar Belit dan Menunjuk yang mereka paling banyak usaha dan buat kerja. Kalau anda nak tahu, perkara yang mereka sebut-sebut itu sahajalah yang kerja mereka buat.
2. Kalau ada kesalahan mereka buat, mereka akan putar belit dan salahkan sesiapa yang paling lemah / diam. Alkisah sebab nak kena tutup yang mereka buat salah. Mereka sanggup menipu dan fitnah anda. haha.. Mulanya memang tak percaya. Tapi sekali dah kena, siapa nak kena dua kali? Tahniah dan alhamdulillah kalau anda belum kena.
3. Berkira dalam buat kerja. Kebanyakan mereka akan menolak menerima sebarang kerja yang tidak ada dalam fail meja dan sekiranya ada, mereka juga akan cuba melepaskan kerja dan tanggungjawab kepada orang lain. Walaupun senarai kerja mereka memang terlalu sedikit dan tiada kerja! Oh, saya memang tak dapat bayang dapat gaji mahal, tapi goyang kaki. Borak berjam-jam, buat kerja paling lama 1 jam. huh.. Satu hari kerja 8jam. Bayangkan duit kerajaan dibazirkan dengan anggota seperti ini yang amat ramai. Bayar cukai sia-sia.
4. Ketua suka menyalahkan orang lain dan orang bawahan. Walaupun itu tanggungjawab dia sebagai ketua, tetapi jika ada kesalahan, nama orang bawahan akan disebut. Biasanya kita tak tahu apa kerja hakiki yang ketua buat setiap hari.
5. Kerja hanya sekadar kerja untuk dapat gaji. Tiada kesungguhan dalam kerja yang dibuat. Selalu lepas tangan. Tidak kesah sekiranya kerja yang tidak buat menyebabkan kesusahan kepada orang lain. Bila kerja tak jalan, akan kata tak dapat nak 'cope' dan perlu penambahan pekerja tetapi masalah sebenarnya adalah pekerka yang bermasalah. Bila orang lebih atas turun lawat untuk selidik bila ada sesuai isu, ketua akan menutup kisah sebenar yang menampakkan kesalahan sendiri, dan cipta kisah yang menunjukkan salah orang lain. Maka masalah memang susah nak selesai. Sebab itulah masalah yang jadi dalam kerajaan, memang lama yang amat nak selesai. Semua nak jaga periuk nasi. Sanggup menipu atau duduk diam-diam supaya tidak terlibat walaupun dia tahun info sebenar.
Saya sebagai pemerhati memang rasa sakit ♥️ melihat cukai serta gaji dan duit yang dibayar oleh rakyat malaysia dibazirkan dengan pekerja-pekerja yang rosak akhlak. Tetapi segala yang kalau kita adu mestilah melalui ketua, tetapi ketua pun dua kali lima. Bila kita adu perkara sebenar, kita sudah tidak selamat. Bersedialah untuk ditukarkan tempat kerja, atau diberi surat amaran, atau diberhentikan. Kerana ketua akan putar belit fakta untuk memenangkan diri dia sendiri.
Itulah realiti kehidupan. Bila manusia tidak takutkan Allah. Bukan kata orang NonMuslim saja yang teruk macam atas ni. Muslim sama naik. Tidak sedar kita punya kehidupan akhirat sebagai balasan kerana kita telah dianiaya. Sebagai orang bawahan, kita perlu banyakkan bersabar dan ubah dengan cara terbaik.
Tabah. Teruskan kehidupan. Jangan menyerah kalah. Jangan goyah pegangan yang betul. Dunia ini memerlukan mereka yang teguh pendirian kepada kebenaran.
Comments