Psikologi Orang (Bahagian 1) - Orang Muda Tak Boleh Tegur Orang Tua?

Assalamualaikum Nihao Konnichiwa,

Kali ini saya nak berkongsi tentang psikologi manusia. Akan ada banyak bahagian sebab plan tulis pendek-pendek. Dulu-dulu boleh tulis kat google+ tapi sekarang ni Google+ sudah tiada. Jadi baik guna Blog saja kan.

"It is not what you do for your children, but what you have taught them to do for themselves, that will make them successful human beings"
Tulisan berkaitan psikologi akan ditulis secara rawak yang mana terlintas difikiran penulis.
Kali ini penulis hendak berkongsi tentang sikap orang berumur a.k.a. orang tua  a.k.a. orang banyak pengalaman.

1. Mereka pantang kalau orang lebih muda menegur sebab katanya TIDAK HORMAT / KURANG ADAB / KURANG AJAR / macam-macam lagi. 


Persoalan saya ialah :

Semua yang orang tua buat betul, tepat, tiada kesalahan?
Walaupun ada salah, anda kan muda, anda tak patut tegur?
Anda orang muda ini siapa untuk menegur? Banyak pengalaman? Ustaz? Dato'? Ilmuan? 

Komen saya : Percayalah, untuk orang tua yang sempit pemikiran, walau apa jua cara anda guna untuk menegur, jangan harap mereka akan terima dengan positif. Dah sebati dalam hidup dan pemikiran lapuk macam tu. Cubalah cuba dan kongsikan hasil. Tetapi hasil positif akan diterima KALAU orang tua itu berfikiran terbuka. 

Macam mana nak tahu berfikiran terbuka? Antara indikator ialah berpelajaran, sentiasa mencari dan belajar walaupun umur semakin meningkat, boleh berbincang, boleh bertukar-tukar idea dengan tenang walaupun bercanggah pendapat, tidak sombong, rendah diri. SERONOK kalau kita jumpa orang tua macam ini.  Biasanya pakej. 

Kadang kita akan kecewa dengan sikap orang tua yang melayan kita seperti tiada pengalaman, terlalu muda untuk memahami, dan macam-macam lagi yang merendahkan seseorang.

Sebenarnya, tidak kisah lah orang tua, muda, kanak-kanak, atau remaja, anda tak boleh rendahkan "IQ" mereka dengan membandingkan dengan IQ anda. haha.. Jauh panggang dari api. Anda hidup zaman lain, kanak-kanak tersebut zaman lain. Semestinya IQ berbeza.
Orang tua kadang bila sudah sedar diri, memang susah nak berubah. Maklumlah? sudah bertahun dengan tabiat salah. Memang mencabar untuk berubah. Jadi kita orang muda kena banyak bersabar. Doa supaya allah lembutkan hati orang tua tersebut.

Kesimpulan untuk perkongsian kali ini ialah:

1. Jangan ukur seseorang hanya berdasarkan umur sahaja. IQ tidak mengenal umur.
2. Tidak perlu rasa 'aku lebih daripada orang lain'. Allah lebih berkuasa daripada kita. Semua itu hanyalah anugerah Allah sementara dan boleh ditarik pada bila-bila masa. Jadi jangan sombong/bongkak.
3. Bersyukur dengan segalanya.
4. Jangan putus asa menegur orang tua yang 'ego'.
5. Ingat balasan syurga dan pahala diakhirat.

Comments