Resepi : Gulai Daging

Assalamualaikum Ni Hao Konnichiwa,

Short and simple posting. Resepi berkaitan gulai daging / ayam. Gambar akan menyusul sebab kena cari. Rasa dia adalah daripada style kelantan dan pekat. Boleh untuk dimakan dengan nasi atau cicah roti. 

Bahan-bahan 

Potong nipis-nipis dan goreng sampai agak garing bahan-bahan berikut : 

1. Bawang merah (3 ulas)
2. Bawang putih (3 ulas)
3. Halia (1 inci)
4. Rempah 4 beradik (2 biji setiap bunga lawang + bunga cengkih + pelaga hindi + kulit kayu manis)
5. Daun kari (2-3 tangkai)


♡ Kalau kuantiti terlalu sedikit, rempah 4 beradik tu cuma masukkan sebiji sebab kita tak mahu rasa rempah terlalu kuat nanti. 

♡ Daun kari kena ada baru rasa umphhh~

Bahan-bahan untuk dikisar lumat dan dimasukkan selepas bahan diatas ini garing :

1. Serbuk rempah kari ayam/daging (2 sudu besar)
2. Bawang besar (1 biji)
3. Halia (1 inci)
4. Jintan manis (1 sudu teh - boleh gu a serbuk atau biji)
5. Bawang putih (3 ulas)
6. Ketumbar (1 sudu teh - boleh guna serbuk atau biji)
♡ Tumis sampai garing.
Bahan seterusnya, masukkan :
7. Cili boh** (5 sudu besar)

♡ Kalau cili boh yang dah dimasak, kacau sekejap saja. Kalau tak masak lagi, kena masak sampai pecah minyak baru sedap. Saya biasanya guna yang dah sedia masak.

♡ Kuantiti boleh ubah mengikut tahap kepedasan yang diingin. Kalau tak mahu pedas, masukkan sikit sahaja.

8. Masukkan ayam / daging (500g) yang sudah dibasuh cuci.
9. Gula & garam (Secukup rasa)

♡ Kalau cita rasa kelantan biasanya agak manis-manis buah. Baru sedap cicah roti. 

10. Santan (100g)

♡ Masukkan dan kacau sehingga mendidih.
♡ Biarkan reneh lama dengan api sederhana dan kacau sekali sekala sehingga daging / ayam masak.
♡ Bila lagi lama reneh, dia akan jadi pekat dan lagi sedap.
♡ Kalau masak daging, usah risau daging tidak akan jadi keras kalau guna api besar. Saya dah cuba. hihi Saiz api tiada kaitan dengan daging jadi keras. Yang penting daging dimasak lama.

Ok itu sahaja kali ini. Gambar akan menyusul. Sekarang susah nak tengok komputer lama-lama. Senang distract.

Zai jian~ Sayounara~ Jumpa lagi~

Comments