Resepi : Bihun Rebus (Gambar)

Assalamualaikum, Ni Hao, Konnichiwa,

Kali ini nak berkongsi resepi Bihun Rebus. Paling senang dan paling cepat. Boleh cuba. Mungkin citarasa orang pantai timur.

Penuh berzat berkhasiat. Sayur, telur, ayam, dan air carrot! haha
Air carrot bagus untuk kesihatan kulit dan mata. Cara buat mudah saja. Campur dengan susu tepung fernleaf dan sedikit gula. pastikan susu tepung tu dalam kuantiti yang banyak. Baru tak rasa kuat bau tanah dia. hihi

Bahan-bahan :
  1. Minyak masak (1-2 senduk)
  2. Bawang putih (1 labu)
  3. Ayam (boleh masukkan isi ayam atau yang ada tulang. ada tulang pun lagi sedap)
  4. Telur (mengikut bilangan orang yang nak makan)
  5. Gula dan garam (secukup rasa)
  6. Sayur (sawi atau kangkung)
  7. Cabai Melaka
  8. Cabai hidup
  9. Bihun
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Guna periuk yang dalam sebab nanti kuah dia banyak
  2. Potong bawang putih kecik-kecik dan tumis sampai garing (kekuningan)
  3. Masukkan ayam, gula, garam dan air yang banyak. 
  4. Boleh guna api besar sehingga mendidih.
  5. Masukkan telur sebiji-sebiji supaya hasilnya dapat seperti dalam gambar. hehe
  6. Pastikan masak sehingga ayam betul-betul lembut.
  7. Masukkan sayur, cabai melaka, dan cabai hidup dan masak sehingga masak.
  8. Tutup api.
  9.  Basuh bihun dan masukkan dalam periuk dan campur dengan kuah tadi.
  10. Masak sehingga mendidih.
  11. Sedia untuk dimakan~~ Yummy...
Jangka masa diambil untuk masa kurang daripada 45 minit bergantung kepada kepantasan memasak terutamanya teknik pengunaan api. hihi

Jaane~ Sayounara~ Zai jian~

Comments