4 Sebab Pilih Headphone berbanding Earphone (Review Earphone Sony)

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,

Sudah lama saya tidak mengemaskini blog kerana aplikasi Blogger dalam telefon pintar mempunyai masalah menyebabkan tidak dapat memuatnaik gambar. Oleh kerana mereka sudah mengemaskini menjadi lebih bagus, maka saya sangat seronok untuk update.

Jadi, kali ini saya ingin berkongsi tentang earphone. Tengok gambar dibawah. Brand Sony. Harga lingkungan RM80 kalau tak silap. Pada awalnya saya memakai jenis earphone yang masuk terus ke lubang telinga. Tetapi kerana mengetahui tidak elok memakai jenis begitu kerana akan menolak earwax masuk lebih dalam, maka saya bercadang membeli rekaan ini. Ini kerana rekaan ni nampak canggih dan tidak mengganggu earwax.

SEBAB 1 : BAIK UNTUK FIZIKAL TELINGA.  
Baik itu bagaimana? Sebab jika menggunakan earphone, earphone akan menolak tahi telinga jauh ke dalam. Sistem pengeluaran tahi telinga adalah semulajadi dan secara perlahan-lahan. Jika anda menolak ke dalam, akan berlaku pengumpulan dan lama kelamaan akan terkena gegendang telinga.


SEBAB 2 : TIDAK SAKIT
Walaubagaimanapun hasil penggunaan earphone diatas selama lebih beberapa bulan mendapati, cuping dan lubang telinga saya menjadi sangat sakit lepas pakai selama 30min-1jam. Berdenyut-denyut tau. Saya rasa mungkin disebabkan keadaan earphone berkenaan sangat keras tambahan tiada getah.

SEBAB 3 : KEDAP BUNYI BAIK UNTUK GEGENDANG TELINGA
Headphone akan menutup seluruh telinga, maka telinga anda hanya akan fokus mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh headphone berkenaan. Kekuatan bunyi (volume) juga boleh dipasang dengan nada rendah dan ini amat membantu menjaga kesihatan gegendang telinga. Untuk pengetahuan anda, perubahan volume dan tempoh masa bunyi akan memberi pengaruh yang besar kepada gegendang telinga samada boleh bertahan lama atau sebaliknya. Gegendang telinga perlu direhatkan selepas sekian tempoh dan volume. Banyak kalau hendak diceritakan.

SEBAB 4 : WIRELESS, TIADA RISIKO TALI PUTUS/TERSANGKUT
Sekarang sudah ada chargable wireless headphone. Boleh dipakai dimana-mana, samada menggunakan sambungan bluetooh atau microSD kad. Jadi tidak perlu risau tali tersangkut atau terputus.


Maklumat untuk rujukan dikotak bungkusan earphone Jenama Sony

Ni dia harga. RM89. Beli di Queensbay. Kotak ni kata sesuai untuk bersukan.
Jadi cadangan saya, belilah earphone jenis Headphone yang tutup telinga macam musim sejuk tu. Memang selesa. Cuma pastikan tidak memakai terlalu lama dalam sehari kerana ransangan bunyi tanpa henti akan menyebabkan lama kelamaan rosak pendengaran. Bila dah rosak, tiada gear undur lagi.

Ok itu saja kali ini. Nanti saya akan tulis pasal kucing pulak. hehe

Jaane~ Zai jian~ Sayounara~

Comments

izzi said…
Nice post, keep it up.
Hope you are well in the current situation.
direct mercury analyzer
fish mercury