Assalamualaikum Ni Hao Konnichiwa,
Kali ini saya ingin berkongsi tentang percutian selama 4 hari ke Sabah mengikut kronologi untuk memudahkan sesiapa yang ingin bercuti di sana. Mudah saja~ Rancangan kena buat betul-betul sebab maklum la, nak pergi sana kan mahal. Jadi kena gunakan setiap masa dengan efektif. Kali ni lawat dua kawasan utama sahaja iaitu sekitar Kundasang/Ranau dan Kota Kinabalu. Kundasang dan Ranau ni sebelah-sebelah sahaja. Sangat dekat tapi saya pun tak pasti pembahagi dia di mana. hihi
Benda wajib bawa dan pakai kalau terutamanya jika melakukan 'Island Hopping' ialah
Sunblock. W.A.J.I.B. Kalau tak, jadi macam saya sunburn kulit tangan dan muka. Pedih kulit muka 2-3 hari juga. Memang hitam la jadi. Sebab nya kena matahari yang super power semasa Island Hoping. Teknik pakai sunblock pun kena betul. Pakai 30 minit sebelum aktiviti dibawah matahari dan perlu pakai balik selepas beberapa jam dibawah matahari (tak silap lepas 2 jam. Kena google cari. Sudah lupa ilmu 3 tahun lepas punya belajar. Adeh~)
Untuk makluman juga, harga '
entrance ticket' yang dijumpai di Google ada yang tidak sama dengan harga sebenar kerana sudah naik dan ada yang dicas dengan cas-cas lain. Jadi kalau bawa duit, pastikan bawa lebih. Hari tu saya pergi dalam kumpulan 4 orang. Jumlah kos dikeluarkan adalah dalam anggaran
RM850 seorang untuk 4 hari 3 malam di Sabah. Itu pun separuh daripada kos tersebut adalah untuk tiket flight (sebab tak dapat promo tiket. Sobsob...)
|
Tiket dan flyers lawatan. Kamera pun depa cas untuk tangkap gambar. Padahal guna kamera phone sendiri ja pun. lol~ |
Benda yang seronok trip ke Sabah ialah 'enjoy nature', rakyat Sabah friendly dan lemah lembut, laut yang jernih dan cantik, cuaca yang sejuk dan berkabus.
16 degree Celcius di Kundasang tau~!! Macam pakai aircond suhu paling rendah. haha
Secara keseluruhan, saya bagi
7 daripada 10 bintang untuk
lawatan ke Sabah pada trip kali ini. Kurang 3 bintang sebab ada tempat
tak sempat lawat, makanan tak tau nak cari kat mana terutamanya makan
pagi, makanan tak berapa kena dengan lidah sebab rasa dia 'lemah lembut' tak kuat macam makanan Penang! haha
Tempat yang kami lawat di
Kundasang /Ranau ni boleh di akses dan dicari menggunakan GoogleMaps :
- Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang (8 PAGI - 5 PETANG)
- Ladang Teh Sabah, Ranau (8 PAGI - 4.30 PETANG) - Cuti Umum Tutup -
- Pekan Ranau & Nabalu (6.30 PAGI - 4.30 PETANG)
- Spa Ikan Sg Moroli, Ranau (8.30 PAGI - 5 PETANG) - Tutup Hari Sabtu -
- Kolam Air Panas Poring, Ranau (8 PAGI - 6 PETANG) - Canopy walk tutup jam 4 petang -
- Mesilau Cat Village, Kundasang (8 PAGI - 5 PETANG)
- Caesar's Place Homestay, Kundasang
- Restoran Syah Adilah, Kundasang
Tempat lain yang kami ingin lawat tetapi
tidak sempat untuk lawat di Kundasang/ Ranau disebabkan masa tutup mereka terlalu awal iaitu jam 5 petang :
- Hamster World, Ranau (8 PAGI - PETANG)
- Arnab Village, Ranau (9 PAGI - 5 PETANG)
Tempat yang kami lawat di
sekitar Kota Kinabalu (KK) :
- Gaya Street Sunday Market, KK (6.30 PAGI - 1 TENGAHARI) - Buka Ahad sahaja -
- Universiti Malaysia Sabah (9 PAGI - 4 PETANG) - Tutup 12.30pm - 2pm setiap Isnin hingga Khamis. Tutup Pada Hari Ahad dan Cuti Umum -
- Masjid Negeri Sabah, KK (4 PAGI - 11 MALAM)
- Pasar Filipina, KK (9 PAGI - 10 MALAM)
- Signal Hill Observatory Platform (9 PAGI - 11 MALAM)
- KK Wetland Centre, Likas (8 PAGI - 6 PETANG) - Tutup Hari Isnin -
- Lok Kawi Wildlife Park, Penampang (9.30 PAGI - 5.30 PETANG)
- Island Hoping di Taman Laut Tengku Abdul Rahman, KK (8.30 PAGI - 5 PETANG)
- Pantai Tanjung Aru, KK
- Kedai Makan Restoran Teratak Kota Belud
- Dataran Todak, KK
Tempat yang
tidak sempat dilawati tetapi di dalam perancangan kami :
- Muzium Negeri Sabah, KK (9 PAGI - 5 PETANG)
- Pasar Malam Sinsuran, KK (6 PETANG - 12 PAGI)
- Wonders 3D Museum, Tuaran (7 PAGI - 7 MALAM)
- Borneo Quad Biking, Tuaran (7 PAGI - 7 MALAM) - Tutup setiap 1-1.30 PM -
- Masjid Terapung, KK
|
Rancangan tempat untuk dilawati. Teknik untuk buat ini ialaah Google dan baca review dan pengalaman orang lain. Kemudian buat keputusan untuk pergi atau tidak. Saya buat lengkap dengan harga tiket, masa lawat, dan kilometer untuk ke tempat terbabit. |
Anggaran masa untuk ke tempat di Sabah berpandukan Google :
- KK ke Ranau : 2 jam 20 minit
- KK ke Tawau : 9 jam
- KK ke Tuaran : 30 minit (33 km)
- KK ke Penampang : 40 minit
- KK ke Likas : 8 km
- Sandakan, Semporna, Kudat, dan lain-lain memang sangat jauh dan tak mungkin dapat pergi hanya dengan percutian 4 hari..
|
Resit pembelian barang-barang dan makanan di Sabah |
1. PEMBELIAN TIKET KAPAL TERBANG
Pastikan survey tiket awal dan beli awal. Kalau tahu teknik, mungkin dapat tiket yang murah. Seperti kawan saya cuma dapat RM200 pergi dan balik Sabah. Dia guna teknik beli jam 5 pagi. Nanti anda boleh cuba la ya. Awal itu kalau 2 bulan lagi bagus.
|
Dalam kotak kuning tu jumlah harga tiket daripada Penang ke Kota Kinabalu terus RM897.10 sebab beli Hot seat RM63.96 untuk satu penerbangan dan checked in baggage 15 kg RM64.00 untuk two-ways penerbangan.Yang saya bulatkan kotak warna hijau itu adalah nombor booking. Nombor itu diperlukan bila nak print baggage tag di tempat kaunter self-check-in. |
Hotseat Air Asia head cover seat dia warna merah. Dari segi fizikal dan ruang, tak nampak beza pun. Kelebihan Hot Seat hanya sebab dapat masuk dan keluar cabin awal. Tapi biasanya bila flight dah nak mendarat, siapa bangun dulu yang dapat keluar dulu. Tak kira la di duduk seat kat mana sekali pun. Sebab penumpang-penumbang cabin ni, walaupun tak kata boleh buka tali pinggang lagi, depa semua dah berdiri dan beratur nak keluar dah. Sabar je la kita tengok~
2. BARANG-BARANG UNTUK DIBAWA
Maksimum carry-on bag untuk masuk cabin 7kg tapi kalau kat PIA, depa tak cek pun berat hand-luggage ni. Cecair pun depa tak cek. Boleh ja bawa air mineral dalam botol. Ada tu tengok orang bawa beg masuk cabin punya la banyak. Undang-undang dia kata cuma 2 ketul tapi erk~ Boleh lihat sendiri.
Kalau checked in baggage pulak memang depa timbang tak boleh lebih 15 kg. Barang yang saya bawa untuk ke Sabah :
- Baju - 6 helai
- Seluar - 6 helai
- Tuala
- Sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, flos, deodorant,
- Paip getah (backup kalau ke tandas yang tiada paip getah)
- Air mineral
- Pakaian dalaman, stoking, tudung dalam
- Tudung
- Biskut, kurma (spare makanan jikalau lapar tetapi masih tak jumpa tempat makan)
- Spek hitam (guna semasa pemanduan dan ketika melawat kawasan waktu matahari terik)
- Plastik (untuk dimasukkan baju kotor)
- Beg kalis air (bila ingin mandi di tandas awam dan semasa Island Hoping)
- Duit mencukupi (supaya tidak perlu bersusah cari mesin ATM)
- Beg galas dan beg roda (Beg galas supaya boleh 'membebaskan' tangan terutamanya semasa melakukan Island Hoping)
- Tisu basah (boleh guna untuk lap muka yang sememangnya akan sangat berminyak dan digunakan untuk mencuci tangan)
Jumlah bawa semua barang atas ni pun dah cun-cun hampir 14+ kilo (sebab untuk 2 orang ya). Jadi, pastikan rancang betul-betul.
3. BERTOLAK KE LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG
Bangun jadi 4.15 pagi, terus makan untuk lapik perut supaya meransang usus-usus untuk aktif supaya 'perlepasan' awal ke tandas. hihi~ Alhamdulillah, usus memberi kerjasama yang sangat baik. Tapi tak terkira banyak kali ke tandas, mungkin sebab risau nak terbang jauh ke Sabah. Maklumlah, 'first-timer'. hehe
Kami naik Grab jam 5.30 pagi ke PIA dan dikenakan bayaran dalam anggaran RM10 (tak ingat jumlah sebenar). Dah banyak Grab masa ni.
Sampai di sana, terus checked in baggage. Stiker untuk bag kami dah print awal-awal jadi tak perlu kalut untuk print dah. Check in pun dah buat online. Lepas hantar bag, terus masuk kawasan pelepasan. Masa ni tak kira la kita beli HotSeat atau biasa, depa lepas serentak saja semua. Saya rasa mungkin kami lewat sampai? haha Jadi terus masuk cabin. Masa berlepas yang sebenar adalah jam 7 pagi.
Masa lalu kaunter pemeriksaan kastam/polis, depa tak cek pun kalau bawa air mineral dalam botol. Sebab katanya penerbangan domestik dalam Malaysia tak mengapa.
|
Tangkap gambar daripada dalam cabin tempat duduk tepi tingkap. Masa ni dalam 6.40 pagi. Memang sejuk. |
|
Nampak dia punya sayap dan kipas. Boleh nampak daratan lagi masa ni sebab baru berlepas. |
|
Ni masa matahari baru nak terbit. Anggaran mungkin dalam 7.15 pagi. Memang cerah litlit... |
|
Bertilamkan awan yang amat sepoi-sepoi nampak empuk. |
|
Suka tengok bentuk awan yang unik. Cantik. Maha Suci Allah yang telah menciptakan awan. |
Atas kapal terbang, pramugari Air Asia memang tak duduk diam. Ada saja benda dia promosi untuk beli cenderahati, makanan, dan lain-lain.
Nasihat saya, pastikan bawa baju sejuk. Sebab nanti kalau sejuk sangat, terpaksa ke tandas. Tandas ada satu sahaja.
Makanan dia saya tak ambil. Tapi tak mengapa sebab perjalanan sangat singkat. Lain la kalau perjalanan 6 jam. hehe
4. TIBA DI LAPANGAN TERBANG KOTA KINABALU
Anggaran daripada PEN-KK akan mengambil masa 2 jam 50 minit. Tapi 9.20 pagi dah selamat mendarat di lapangan terbang. Tunggu dalam beberapa minit juga baru dapat keluar sebab semua orang dah beratur siap-siap nak keluar.
Masa sampai sini, semua orang nak pergi tandas. Jadi kena beratur la di tandas. Sebenarnya kalau boleh tahan sikit, jalan jauh sikit cari tempat yang tak ramai orang. Sebab tandas dia memang bersepah. Cuma tempat laluan kebanyakan orang saja yang akan beratur ditandas.
|
Di salah satu kawasan di lapangan terbang KK |
5. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
|
Ambil Grab di KKIA. Driver dia sangat peramah. Jadi macam tourist-guide dah. Bawa ke HQE2 dulu kemudian offline payment ke UMS. |
|
Masa ni nak solat zohor di UMS. Tapi waktu zohor dia dah masuk lama dah. Rasa macam tak percaya baru 12.45 tengahari tapi dah kena solat zohor. |
|
Depan pintu masuk Dewan Canselori UMS. Situ kereta TOP orang UMS. Ada pemandu siap. |
|
Pemandangan daripada dewan tempat makan di UMS. Sangat bekas kawasan dia dan berbukit-bukit. |
|
Laluan tangga panjang turun daripada atas bukit dewan Canselori ke Pintu Masuk Utama UMS. |
|
Tangga yang dihias dengan satu bentuk karikatur? Sini ramai orang ambil gambar. |
Tujuan utama lawat UMS ni sebab nak pergi akuarium dia. Tapi sedih sungguh nasib tidak menyebelahi sebab masa tu akuarium sedang dalam penyelenggaraan / renovasi. Maka terpaksa la berjalan-jalan sekitar UMS untuk 'menghabiskan' masa sementara menunggu kawan habis kerja tengahari. hihi
Antara satu tempat ke tempat lain memang memerlukan kenderaan. Grab dalam tu memang banyak. Pelajar sendiri buat Grab. Sebabnya terlalu jauh dan tiada pokok kalau nak jalan kaki.
6. HOMESTAY "CAESAR'S PLACE" KUNDASANG
Sampai sini waktu petang lingkungan jam 6 petang. Kabus memang banyak sepanjang perjalanan. Takut juga. Sebab atas bukit dan kita yang tak biasa dengan suasana di sini. Boleh nampak banyak homestay yang dibuat sepanjang lereng bukit di Kundasang ni.
Tips pilih homestay, pastikan cek air dia ok tak dan boleh pakai tak water heater. Sebab tempat kami stay ni, air sangat slow. Jadi memang tak dapat guna la water heater. Suhu mungkin around 16 degree. Sejuk ya amat. Kita yang tinggal kat pulau yang jenis suhu 27-29 degree. Tiba-tiba sejuk yang amat. Dah pulak water heater tak dapat pakai sebab tekanan air terlalu perlahan. Cuba bayangkan nak buang air besar, air kecil, dan mandi tapi guna air ais?? hahaha Memang boleh beku dan hajat pun terbatal sebab rasa nak beku.
|
Pemandangan pada waktu petang melalui bilik di Homestay. Masa sampai petang tu memang sangat banyak kabus. Sampai nak memandu pun sangat terhad penglihatan. Ni boleh nampak homestay ni atas cerun bukit. |
|
Nak tunjuk betapa banyaknya kabus dan awan. Suhu memang sejuk yang amat. |
|
Homestay yang kami tinggal 1 malam. |
7. MAKAN MALAM DI SYAH ADILAH RESTAURANT
Disebabkan tak berani nak meredah kabus yang agak tebal di sini dan tak berani nak cuba nasib pergi bandar cari makanan takut ada yang tak halal saja, jadi makan la kat sini. Ada anjing berkeliaran tapi tak kacau orang. Kesian tengok sebab nampak macam lapar.
Rasa makanan dia 'acceptable' oleh lidah. hihi Kuantiti dia agak banyak. Jadi kalau jenis makan sikit, maka eloklah beli satu dan kongsi.
|
Cuba Mee tuaran. Mee dia tu digoreng. Kuah macam kuah ladna. |
|
Ni dia rupa restoran Syah Adilah. Kalau nak cari tu, kena pandu kereta perlahan-lahan sebab bila dah malam, penglihatan agak terhad untuk nampak sebab kabus banyak. hihi |
8. SUBUH DI KUNDASANG
Subuh memang sangat awal. Masa terbangun tido pukul 5 pagi, kepala macam tingtong lepas tengok jam sebab baru 5 pagi tapi kenapa dah macam 7 pagi? @.@ Maka cepat-cepat la ambil wudu dan solat subuh.
|
Matahari baru nak terbit. Masa ni baru 5.30 pagi. Subuh jam 4.15 pagi tau. |
9. PASAR PAGI DI CERUN BUKIT KUNDASANG
Misi mencari makan pagi. Berjalan-jalan tengok pasar pagi kat kawasan ni. Banyak makanan. Tapi tak berani la nak cuba semua. Maklumla tak ada kawan yang Sabah turut serta. Jadi takut la tak kena tekak. Makanan dia harga murah dan kuantiti banyak. Beli la juga beberapa jenis kuih tapi boleh la kunyah. Pasar sini memang sangat besar dan ramai peniaga. Macam-macam jenis sayur dan buah ada.
|
Pasar pagi. Macam-macam depa jual daripada makanan, kuih, pasar basah, buah-buahan, sayur-sayuran. |
|
Nampak pemandangan puncak kota kinabalu. Masa ni dalam 7.30 pagi. Yang banyak-banyak kenderaan tu pasar pagi kat cerun bukit. |
10. DESA CATTLE DAIRY FARM
Sampai awal daripada waktu buka. JaAdi kena tunggu sekejap sambil-sambil ambil gambar Gunung Kinabalu yang masih nampak. Ramai dah orang beratur masa ni. Masa awal-awal masuk ni, dah kena bayar tiket masuk.
Kalau mai sini, pastikan beli ais krim, yogurt, dan susu dia. Fresh. Memang sedap. Recommended. Nak beli masa awal bagus juga sebab kalau lambat, nanti sangat ramai orang. Jenuh beratur lama. Hari tu beli 3 kotak susu dan yogurt. Semua habiskan hari tu, kongsi dengan pasangan. Sedaplah. Susu kambing pun tak berbau macam susu kambing FarmFresh yang beli kat Pasaraya sini.
|
Pintu masuk ke Desa Cattle Dairy Farm. Beratur sebab tak buka lagi. Dia buka on-time oh~ |
|
Bergambar kenangan hihi~~ |
|
Lembu ni bersih. tengah tunggu kita bagi susu dan rumput. |
|
Gosok dahi lembu, lembu ni terus jadi freeze. tunggu orang ambil gambar agaknya |
|
saja ambil pemandangan. tengok awan dia ni cantik |
|
Tempat lembu di'manja'kan. kerja depa mengunyah sepanjang masa. Nampak macam habuk-habuk. Pelawat cuma boleh tengok jarak jauh ja. Lembu kat sini masa tersangat-sangat gemuk macam nak meletup perut tengok. |
|
Ni tengah cuci gosok-gosok kulit. Lidah pun ada dia cuci. |
11. MESILAU CAT VILLAGE
Disebabkan teringin nak tengok orang Sabah punya style bela kucing, maka singgahlah kesini. Kecik je weh. Macam kandang kucing. masuk dalam 15 min pastu balik. Kucing dia sihat-sihat. Ada juga yang macam tak sihat. Depa kuarantin kalau kucing tak sihat kat tempat lain. Masa sampai sini kat parking, boleh dengar kucing mengiau sangat kuat. Sebab kena kuarantin. hihi kesian pulak.
|
Pandangan keseluruhan sebelum masuk ke dalam. |
|
Kucing-kucing sini nampak sihat walafiat kecuali beberapa ekor macam selsema. Depa tengah beratur nak makan sebab ada satu ja mangkuk makanan. |
|
Kisah ringkas tentang Mesilou Cat Village. |
12. KOLAM AIR PANAS PORING
Masa sampai ni dah agak tengahari, jadi cuaca agak panas sedikit. Kolam air panas dia dah buat dengan mozek/tiles elok. Jadi kita cuma kena buka paip dan isi bagi penuh. Tu untuk private. Kalau nak reramai dan air yang dah diisi, boleh rendam kaki kat kolam yang besar.
Nak bagitau, kalau jalan masuk hutan situ, risiko ada pacat. Kami kena hinggap dengan pacat. hihi Selamat tak sempat isap darah.
|
Jalan masuk ke dalam |
|
Kolam air panas. jernih air |
|
Maklumat titian kanopi |
|
Pokok yang paling tinggi dan besar dan gemuk yang dijumpai semasa berjalan dalam hutan |
|
yang bumbung hijau tempat orang rendam kaki. kena isi air sendiri dan boleh rendam satu badan. |
|
kaunter nak beli tiket untuk kanopi walk. |
13. SPA IKAN SG MOROLI
Kat sini kena bersedia mental dan fizikal. Haha sebabnya ikan-ikan kat sini besar weh. Gedabak. Dia gigit tu sakit dan geli. Kalau tengok lepas dia gigit, memang jadi merah-merah macam kena cucuk jarum. Dia suka gigit kat hujung celah-celah jari dan kuku. Situ memang la lagi sakit.
Kalau nak ikan tu datang dekat, duduk diam-diam. Nanti dia akan datang kerumun. Puas jerit masa ni sebab sakit tapi teringin nak rasa sebab nanti rugi la datang jauh-jauh tapi tak cuba kan...
|
ikan yang gigit kaki orang. lama-lama masuk baru dia datang sebanyak ini. |
14. LADANG TEH SABAH
Waktu ni petang sikit. Tak ada ada sangat . Tangkap gambar pemandangan dan cuba makanan sini. Boleh la terima tekak. Tapi waffle dia tak best sangat. Harga dia mahal-mahal.
|
gambar kenangan panas litlit sebab tengahari dah masa ni |
|
bergambar di kotak untuk tengok pemandangan belakang |
|
kawan-kawan hingga syurga insyallah~ |
15. PEKAN RANAU DAN NABALU
Air tandas kat sini sangat sejuk. Maklum la masih atas bukit. Tandas dia pun bersih tidak berbau. Waktu kami sampai sini sudah 4.30pm dan kebanyakan kedai sudah tutup. Banyak anjing berkeliaran disini dan ada yang tidur ditengah-tengah jalan tau. Tapi jangan risau, anjing tu tak ganggu manusia.
................. KEMBALI KE KOTA KINABALU .................
16. PANTAI TANJUNG ARU
Singgah masa dah maghrib. Waktu matahari baru nak terbenam. Memang sangat ramai orang. Mungkin pelancong juga. Memang boleh nampak matahari memang sangat cepat terbenam.
|
cubaan mengambil gambar matahari terbenam. Tapi tercemar ramai sangat orang nak ambil.haha |
|
Beli durian RM30 sekilo tapi tak ada bau pun! TIPS wajib ingat durian kena ada bau. Kalau tak, mungkin tak manis atau keras. huhu yang ni keras dan tak manis. so sad~~ |
17. TAMAN LAUT TENGKU ABDUL RAHMAN (ISLAND HOPPING)
Kat sini banyak sikit drama. Maklumla first time dan tak baca pengalaman orang lain macam mana. Sebab sini banyak 'ulat tiket'. Approach kita masa kat tempat parking lagi tau. Beli tiket untuk Island Hopping ni sebiji macam suasana kita kat terminal bas Pudu nak beli tiket bas. Banyak 'ulat' nak suruh beli kat tempat dia.
Kalau nak tahu, harga dia bukan fix rate. Boleh nego. KENA NEGO. Sebab biasanya harga dipaparkan memang mahal. Boleh nego dapat murah banyak.
Then, tak payah la ambil fin atau goggle. Tapi recommend ambil vest dia yang dia kata untuk guna masa snorkelling supaya terapung. WAJIB ambil tau. Untuk keselamatan. Lagipun bila tukar antara satu pulau ke pulau lain, depa tak bagi pakai pun jaket keselamatan. Bahaya kot. Dah la depa bawa bot laju. Goggle pulak recommend beli je lah satu. Sebab lebih cost-effective. Selesa. Sapa yang jenis pakai spek, boleh beli goggle yang ada power terus. Senang snorkelling boleh nampak jelas.
Haritu kami sewa Fin. Ala yang pakai kat kaki macam ikan tu. Tak reti pakai pun weh. Jadi last-last tak pakai. Jenuh dok usung merata.
Masa ni eloklah bawa beg galas yang kalis-air dan casing phone kalis air. Senang hidup. Boleh juga bawa topi. Sebab nanti panas dia...Alahai....Memang burn. Burn yang tak boleh bawa bincang. Dekat 2 minggu baru ok. Kulit gelupas yang dahsyat. Jadi ingat tau pakai sunblock siap-siap. Tapi sunblock kena pakai setiap 2 jam kalau nak betul-betul efektif.
|
Beli tiket kat kaunter 10. Sebab orang dia serbu masa kita dok parking lagi. |
|
Ha, ni la kakak tu. |
|
Tempat tunggu sebelum bertolak. Kena daftar nama dulu. |
|
sangat ramai orang tengah tunggu nak pergi. |
|
Boat yang akan kami naik tunggu kat situ. |
|
Pemandangan di Pulau Sapi. Cantik dan bersih. |
|
Cuba snorkeling. Tapi sayang satu alat snorkeling tu bocor. huhu~ Ni pakai life-jacket yang jenis untuk basah supaya terapung masas nak snorkeling. Tapi ikan tak ada banyak pun. |
|
Jeti kat pulau Sapi |
|
Ni pulau sapi lagi. |
|
ni pulau manukan. Banyak pokok. Menyebabkan daun pokok kering masuk dalam air dan jadi tak best |
18. DATARAN TODAK
Menurut orang Sabah, sini memang kena cekau harga mahal kalau kita pelancong (walaupun daripada Semenanjung je pun). Nak selamat bawala orang Sabah yang cakap Sabah. Baru harga tak melambung sangat. Then kat sini bukan lah murah. Ada satu tempat lagi yang murah kalau betul-betul nak makan. Tapi sekarang saya dah tak ingat nama tempat tu.
Harga yang kami dapat ni semua nya lebih kurang harga kat semenanjung. Tak ada beza pun. Rasa makanan dia boleh la terima tekak. Tapi depa ni banyak pakai daun kari. Fuhhh rasa macam tak masuk pun ada. Tapi makan je lah kan. Rezeki...hehe
|
Ikan yang dijual . ada yang warna hijau. ada terbaca kata jangan makan ikan warna hijau tu sebab ikan terancam. ikan tu berfungsi makan algae berdekatan terumbu karang dan berak keluar pasir. Bila ikan ini tiada, nanti algae memenuhi terumbu karang dan menyebabkan terumbu karang mati. |
|
Lobster dan hidupan laut lain untuk dimakan |
|
hidupan bercangkerang. besar yang amat |
|
kedai yang kami makan |
|
Add caption |
|
tak sedap weiii... banyak pasir dan bau kuat.. TIPS: jangan beli saiz besar kalau anda sensitif dengan bau. |
|
ikan tiga rasa tak silap |
|
sotong celup tepung |
19. PASAR FILIPINA
Jalan-jalan cari barang. Masa ni boleh la nak borong apa-apa barang untuk bawa pulang. Saya tak beli apa-apa pun. Tak minat.
|
masuk mall dekat situ |
20. GAYA STREET SUNDAY MARKET
Saja lawat nak rasa suasana market orang Sabah.
21. LOK KAWI WILDLIFE PARK
Highly recommend to visit sebab ada seorang petugas dia sangat bagus!! Boleh bagi 5 bintang kat layanan dan ilmu dia. Katanya dia tu mix parents orang putih dan orang local. Jadi sebab tu dia speaking english sangat fluent dan ilmu pasal binatang power. Rugi tak tanya nama dia apa. Dia yang conduct animal show.
Semua soalan yang kami tanya, dia jawab. Jawapan dia puas hati la. Dia bagi peluang kami bagi makan carrot kat gajah, pisang kat Beruang Matahari, dan tengok dia bagi makan ayam kat harimau belang. Best weh.. Memang rezeki.
|
Pintu masuk Lok Kawi Wildlife park. Selalu silap sebut nama dia jadi lain. |
|
sini ada burung reti tiru apa kita cakap. |
|
harimau ni kenal tuan dia. dok tunggu tuan dia baling ayam seekor. lepas dah dapat, dia jilat badan dan tidor |
|
Haa...ni la yang bagus tu. |
|
ular dia besar!! |
22. MASJID NEGERI SABAH
Singgah solat. Sini hati-hati. Pasangan saya tertinggal jam tangan 5 min je. Bila pergi cari balik, dah tak ada. Aduh... Tak ada rezeki.. Tak apa.. Nanti Allah akan ganti dengan yang lebih baik insyallah.
Masjid dalam ni sangat besar. Tapi jalan nak masuk masjid tak ada bumbung. Memang panas sungguh daripada tempat parking ke masjid.
|
tangkap daripada tempat parking |
23. RESTAURAN TERATAK KOTA BELUD
Cuba makanan sini. Sedap tapi pedas dia!!!! Kawkaw~ Masa ni tengahari dok cari nak makan. Tapi tak jumpa kedai. Google dan akhirnya jumpa la kedai ni.
|
nama kedai dia. boleh tahan ramai juga. |
|
sambal dia tu sangat la pedas. tak habis pun makan |
|
lupa nak snap sebelum makan sebab lapar sangat. jadi ni tengah makan baru teringat. hihi |
24. KK WETLAND CENTRE
Sepatutnya dapat tengok burung tapi tak ada burung masa kami lawat ni. Mungkin bukan waktu burung berhijrah. Lalu kawasan paya. Masa ni macam nak hujan tapi redah juga. Rasa takut pun ada tapi alang-alang dah sampai Sabah, kita lawat semua ya. hehe
|
paya |
|
pintu masuk |
25. SIGNAL HILL OBSERVATORY PLATFORM
Tempat nak tengok bandar Sabah. Ramai juga orang. Best kalau nak tengok matahari terbenam.
Cuma parking dia tak ada . Kena park tepi jalan je.
|
kedai makan sini |
|
pemandangan daripada view sini |
26 BERTOLAK BALIK KE RUMAH
Lepas 4 hari, maka bertolaklah balik. Alhamdulillah tak ada sakit-sakit kaki atau tidak sihat. Selamat pergi dan pulang. Cuma dalam AirAsia tu tempat sempit dan kerusi tak boleh kebelakang. Tak berapa selesa. Masa balik ni, dapat tengok ramai orang bawa beg besar-besar dan banyak naik cabin. Depa macam berebut-rebut nak isi beg-beg depa kat cabin. Hmmmm...
Then, boleh ja bawa naik air botol berisi air kat kabin. Tak ada orang cek pun.
|
airpport kat sabah |
|
sunyi tak ada orang. sebab tau tak pukul berapa? hampir kul 12 pagi!! haha |
Ok itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga dapat membantu anda yang ingin ke Sabah. Kita jumpa lagi pada posting akan datang ya ~ Punya lama simpan kat draft baru nak terbitkan hari ini. hehe Maklumla sebab sibuk buat macam-macam tak sempat nak buka laptop. Hari ni cuti, jadi dapat la update.
Jaane~~ Sayounara~~ Zai Jian~~
p/s: ada beberapa gambar missing, nanti saya cari balik dan update. Ni mungkin sebab lama sangat 'jeruk'. hihi Sorry ye~~~
Nantikan update seterusnya. saya adalah orang yang suka mencuba dan meneroka perkara baru bila dapat peluang. Cuma sekarang agak terhad sebab kesihatan tak berapa ok. Doakan saya ya...
Comments