3 Dokumen Perlu Bawa Bagi Passport Haji 2020 / 1441 & Kerenah Pejabat Imigresen

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Nak kongsi pasal passport haji bagi 2020 buat di Penang. Saya juga ingin komen (komplen) tentang Pejabat Imigresen Penang, bila kita telefon tetapi tidak diangkat. Bila kita pergi ke pejabat, tidak ada orang langsung. Mengapakah pejabat kerajaan begini? Hampa semua boleh buat aduan kat Sispaa tau lepas ni. Staf punya ramai, tapi sorang pun tak boleh angkat telefon. Apakehal ya?

Kaabah
Ok, disebabkan google tak jumpa orang kongsi cara buat passport, jadi aku nak kongsi cara buat passport. Mudah saja. Tengok review orang katanya dalam 1 jam dah siap passport. Nanti kita tengok macam mana.

Pastikan bawa 2 salinan fotostat dokumen beserta salinan yang original. Jadi jumlahnya ada 3 la ya.
 3 Jenis Dokumen Perlu Dibawa :

1. Kad pengenalan (depan&belakang)
2. Surat tawaran haji
3. Surat akuan terima tawaran haji


Jadi bayaran untuk passport akan jadi RM100 sahaja berbanding harga biasa RM200. Sebabnya kita bawa surat akuan terima tawaran haji. Kalau tak bawa, harga biasa akan dicas. Sudah boleh jimat RM100.

Pastikan pakai pakaian berwarna gelap. Sebab nanti dia akan tangkap gambar, gambar dia tidak boleh pakai cermin mata &baju warna cerah.

Nak jadi cerita, aku telefon la nak tanya. Tapi tak ada orang angkat. Sekali dah pergi, dengan jauhnya pejabat tu, rupa-rupanya kena bawa itu ini. Maka bertabahlah. Mungkin latihan melatih kesabaran sebelum ke Tanah Suci.

Mohon Pejabat Imigresen perbaiki servis anda ya. Letaklah maklumat yang cukup dan mudah dicari. Kesian tau kena pergi banyak kali. Masa itu emas. Mungkin ni salah satu ujian pertama sebelum pergi haji. Kena banyakkan sabar.😊

Saya akan kemaskini dari semasa ke semasa maklumat tentang haji. Alhamdulillah telah terpilih untuk pergi bersama Tabung Haji pada 1441H. Sekiranya tiada masalah, kita sampai.

Ok itu saja kali ni. Semoga berjumpa lagi. Harap2 ada rezeki dan dipermudahkan urusan pergi ke rumah Allah disana.

Jaane..Zai jian..

Comments