Pengalaman kerja syarikat swasta (8 Nasihat)

Assalamualaikum Ni Hao Konnichiwa,

Kali ni saya nak kongsi pengalaman kerja swasta. Walaupun baru berkecimpung beberapa bulan, tak sampai setahun pun.
Ini berdasarkan pemerhatian saya dan kisah daripada kawan-kawan :

1. Bos bila nak panggil mesyuarat, biasa buat tergempar. Petang hari ni bagitau esok mesyuarat petang. Kira kurang 24jam notis. Notis pun tak dak. Whatsapp ja sekarang.

2. Bos jenis suka cakap : "Ikut suka aku lah. Syarikat aku".

3. Kerah paksa pekerja buat kerja sampai pekerja tak ada masa lain untuk buat hal peribadi. Maksudnya kerja 6 hari seminggu. 9 jam satu hari.

4. Bos jenis tak kesah kebajikan emosi. Kalau hampa koyak emosi, suka hati lah. Dah hampa nak kerja dengan syarikat. Kebajikan material saja yang dijaga. 

5. Syarikat yang banyak buat salah tak ikut peraturan akan sentiasa diselubungi ketakutan. Nampak van ka, nampak bayang2 baju uniform ja, pun dah gelabah weh.

6. Syarikat nak tutup salah sanggup abaikan prinsip2 yang waras. 

8 Nasihat aku kepada yang baru nak cari kerja :

1. Carilah kerja yang tak mengabaikan prinsip hidup Islam.

2. Kalau terpaksa, cuba la pelan2 nasihat daripada dalam.

3. Pastikan hampa buat kerja betul, ikut peraturan. Jadi hampa tak perlu gelabah kalau penguatkuasa lalu.haha

4. Hampa ikut ja lah peraturan. Buat saja. Selagi depa tak potong gaji. Selagi tak dibuang kerja. 

5. Jangan dok takut sangat. Aku tengok budak2 baru masuk kerja ni, semua ketakutan sangat. Hak hampa pun hampa takut nak cakap. Tak pa, hampa kena berani. Berani kerana benar. Kalau tak dapat kat dunia, minta allah saja balas. Kita orang Islam. Kita ada Allah untuk balas.

6. Kalau tak mau haru biru hidup, pilihlah syarikat yang well establish. Hampa pilih syarikat baru nak up, memang haru biru. Hak ampa semua memang akan kelaut. 

7. Banyakkan sabar. Sabar. Sabar. Sabar. Jumpa orang-orang yang betul untuk mengawal kesabaran. Kerja dengan syarikat kecik sangat-sangat menguji kesabaran. 

8. Jangan takut kena buang. Majikan buang kerja? Cari kerja lain.! Rezeki Allah luas. Bukan majikan kita yang bagi rezeki. Jangan dok bagi dia rasa dia hebat sangat. Allah yang berkuasa daripada dia. 


Jauh dilubuk hati...
Aku kalau ikutkan, rasa nak menangis.  Tak tau lah sebab baru bekerja, atau sebab terlalu letih, atau apa. Tapi aku cuma terfikir untuk tukar kerja. Cuma untuk masa sekarang, aku cuba bertahan dulu. 

Aku harap Allah bantu aku. Aku memang tahu tahap kesabaran aku rendah. Threshold rendah. Tapi aku nak tinggikan threshold sabar & stress. Kalau aku stress, aku akan migraine. Sakit kepala yang amat +pening weh. 

Tapi untuk masa sekarang, sapa kenal aku, aku tak suka suasana tempat kerja aku sekarang. Kalau hampa tau kat mana, aku cadangkan hampa jangan minta kerja kat sini. Gaji rendah weh. Tak padan dengan kerja. Hampa akan disuruh buat kerja yang buka skop kerja hampa. 

Ok itu sajalah perkongsian kali ini.
Sabarlah wahai diri. I hope i wont enter stress cycle again...as when i am previously during practical.. 

Jaane..Sayounara..

Comments