Resepi - Chicken Chop & Sos Lada Hitam

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara buat Chicken Chop dan Sos Lada Hitam sedap dan senang. hihi

Sangat mudah dan senang dan sedap!!!
Ayam saiz ni besar weh. Boleh makan 3 kali makan untuk satu ketul tu.

AYAM GORENG

Bahan-bahan tepung ayam : 

1. Ayam bahagian macam chicken chop - minta kedai buang tulang terus ya. Baru senang nak goreng dan masak. Cuci ayam ya.

2.  Telur
3. Serbuk lada merah &/ hitam
4. Garam
5. Bawang putih - 1 biji. Tumbuk kasar
6. Tepung goreng ayam brand Adabi 
7. Tepung beras

Cara-caranya :

1. Campur semua bahan 2-5 dan gaul dengan ayam sebagai perap. Dalam bekas asing, campurkan tepung beras dan tepung adabi. Selepas lebih kurang perap 5 minit, salutkan ayam dengan campuran tepung tadi.

2. Biarkan tepung bersalut ayam untuk 5minit sebelum digoreng.

3. Pastikan goreng dengan menggunakan minyak banyak. Maksudnya bagi ayam tenggelam ya. Baru masak sekata. Isi ayam akan masak cepat. Bunyi akan bising sikit sebab air ayam keluar.

4. Bagi goreng lama skit supaya ayam jadi crispy.

TIPS GORENG TAKUT MINYAK PERCIK :
Letakkan asam keping dalam minyak. Insyallah tidak akan meletup minyak teruk. Tapi saya sarankan untuk tutup sedikit supaya bau minyak tak semerbak ke satu rumah. Nak elakkan lantai jadi berminyak satu rumah juga. hihi
SOS LADA HITAM

Bahan-bahannya sos :
1. Butter - 2-3 sudu besar. mempengaruhi bau wangi sos juga.
2. Bawang holland - 1 biji. potong halus. Penting untuk bagi bau wangi sos.
3. Biji lada hitam - 3-4 sudu besar. Basuh dan kisar hancur. Lagi banyak akan rasa pedas. Tapi bagus untuk kesihatan sebab biji lada hitam ni banyak khasiat tau.
4. Isi ayam / air rebusan ayam - disebabkan tiada air rebusan ayam, saya guna isi ayam terus. Asalkan ada perasa ayam. Saya bukan pengguna kiub ayam. Tak pernah guna ok.. 
5. Cili sos - 2 sudu besar
6. Air - 3-4cawan
7. Tepung gandum - 2-3 sudu besar

Kalau tengok resepi semua orang, kebanyakan mesti suruh letakkan sos lada hitam. Tapi disebabkan saya tak ada sos tu, saya tak letak. Tapi rasa dia sedap setanding dengan yang pernah makan masa dulu-dulu. Susah nak jumpa sos lada hitam yang rasa macam ni. Kebanyakan tak kena cita rasa. hukhuk

Kuantiti ni boleh makan berkali-kali. Jadi cuba kurangkan bawang holand jadi separuh atau suku, tepung gandum jadi satu sudu, lada hitam jadi 2 sudu. Sebab kalau ikut kuantiti ni, jenuh nak habiskan sebab banyak. Siapa suka kuah cair, kurangkan tepung gandum ya. Tapi kalau terlebih tepung pun jangan risau. Hanya tambahkan air bagi cair.

Cara-caranya :

1. Cairkan butter
2. Goreng bawang sehingga layu atau wangi.
3. Masukan lada hitam yang dikisar.
4. Masukkan tepung gandum.
5. Masukkan air dan gaul rata. Boleh guna pemukul telur untuk pastikan rata. Air tu anggaran saya masukkan dalam 3 cawan.
6. Masukkan sos cili, gula, garam, ayam.
7. Masak sehingga mendidih dan pekat.
8. Sedia untuk dihidang.
9. Kalau terlalu pekat kuah, boleh tambah air. Jumlah tepung bergantung kepada kadar kepekatan yang disukai. Kalau 3-4 sudu tepung gandum, kuah akan jadi pekat dan banyak. Boleh makan 4 kali bagi 2 orang.

Resepi yang mudah, senang, sedap, dan cepat. hihi

Nampak tak sos dia? Ini pertama kali saya buat. Tapi alhamdulillah menjadi. Nak kena ulang buat lagi. Tak puas lagi makan. Tapi seketul ayam tu sangat besar. Kalau buat lauk, boleh makan untuk 3 kali! haha
Ok, itu saja kali ini. Jumpa lagi. Jaane~ Zai jian~

Comments