Resepi - Donut Lembut

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Disebabkan tengah PKP, jadi kedai makan banyak tutup. Mood pulak sekarang rasa rajin nak memasak. Selera sekarang seolah macam bulan ramadan. Mungkin sebab suasana sekarang macam ramadan. Rasa tenang. Tak ada orang. Jadi banyak resepi yang hendak dibuat sepanjang PKP. HIHI
Hari ni saya buat donut lembut. Tapi teknik mesti betul sebab kalau goreng terlalu lama, donut jadi keras dibahagian luar tau. Kalau biasa tengok Big Apple punya donut, warna dia tak koko sangat pun kan.


Bahan-bahan :

1. Yis mauripan - 1 paket 11 gram
2. Tepung gandum - 500 gram
3. Butter - 90 gram
4. Air suam - 170 ml
5. Gula - 2 sudu besar
6. Baking powder - 1 sudu teh
7. Garam - 1 sudu teh
8. Susu tepung fernleaf - 2 sudu besar
9. Telur - 1 biji

Cara-cara :

1. Campurkan air suam, yis, dan gula dalam bekas. Biarkan yis berbuih lebih kurang 15minit.

2. Campurkan serbuk baking powder, tepung gandum, dan garam.

3. Selepas sebati, masukkan butter. Gaul hingga sebati dan rata.

4. Kemudian masukkan telur dan gaul rata.

5. Akhirnya masukkan bancuhan yis dan gaul hingga rata dan licin.

6. Kemudian biarkan doh naik selama 30minit atau 1 kali ganda.

TIPS : Sapukan air dibahagian atas doh untuk mengelakkan doh kering semasa kita tinggal selama 30minit.  Tidak boleh terlalu lama kerana doh mempunyai limit pengembangan. Saya guna gelas ikea yang 6 biji RM5 tu. kiki~ Tapi hati-hati sebab jadi licin berminyak.

Bagi membentuk bentuk donut, canaikan atas permukaan rata. Boleh guna gelas untuk bentuk bulat. Ketebalan boleh ikut kegemaran masing-masing.j

Kemudian tinggalkan dalam 10min untuk doh naik sebelum digoreng menggunakan minyak yang banyak. 
Jika mahu dimakan kemudian, boleh goreng separuh masak, kemudian simpan. Jika mahu terus makan, goreng sehingga keperangan.
Sesuai dihidang dengan gula yang dikisar halus disalut ke donut atau coklat yang dicairkan.

Sangat senang dan mudah.
Masa diambil untuk siap: 630pm mula buat. 830pm boleh makan. Sambil tunggu doh kembang, boleh buat kerja lain.hihi 

Ok, Itu saja perkongsian kali ini. Jumpa lagi.. Zai jian. Jaane~

Comments