Resepi - Roti Canai dan Kuah Kacang Dal

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi cara buat roti canai yang lembut, sedap  dan senang. hehe Saya juga akan berkongsi teknik masak kuah kacang dal. Sedap tau makan roti canai dengan kuah kacang dal. Kalau kat Pulau Pinang ni, susah nak dapat kuah kacang dal ori. Biasanya sudah bercampur dengan kuah gulai. Saya suka makan dengan kuah kacang dal yang banyak. Kacang dal banyak khasiat tau. Jadi lagi lah elok makan.


Bahan-bahan roti canai:

1. Tepung gandum - 500 gram
2. Garam - 1 sudu teh
3. Gula - 2 sudu besar
4. Susu tepung fernleaf full cream - 2 sudu besar
5. Telur - 1 biji
6. Butter - 1 sudu besar
7. Air suam - 250 ml
8. Minyak sapi dan minyak masak - untuk tujuan sapu di doh yang sudah siap. Roti canai akan naik bau wangi sebab minyak sapi.


Teknik gaul :

1. Gaul tepung gandum, garam, gula, dan susu tepung sampai sebati.
2. Masukkan butter dan telur. Gaul sampai rata.
3. Masukkan air. 

TIPS : untuk elakkan lekat kat jari, gaul dulu guna sudu. Lepas dah agak2 tidak ada air yang akan melekat di tangan, baru uli dengan tangan. Uli selama 5min.

Jangan risau doh sedikit lembik. Nanti biarkan sahaja bawah kipas selama 10min.  Lepas tu uli lagi 5 minit. Lepas tu biarkan lagi 10 minit.

Kemudian baru bahagi kepada beberapa bahagian. Uli bagi licin cantik, pastu sapu dengan minyak sapi. Susun dalam bekas. Perap semalaman dalam peti ais atau beberapa jam. 

Kalau perap semalaman dalam peti ais, kena keluarkan sekurang-kurangnya 1 jam awal sebab nanti keras nak tebar.

Tebar doh sebesar mungkin, kemudian gulung, pastu biarkan 5-10min.
Lepas tu tekan bagi ikut saiz yang disukai, bekas untuk tebar tu keba sapu minyak untuk tak mau bagi lekat. Doh ni lembut sangat, kalau terkasar, senang terpenyet. Tapi tak senang koyak. 

Pastu masak atas kuali leper. Saya suka nipis sebab senang cepat masak dan rangup.hihi
Gambar atas ni pinggan asing dua orang chef. hihi
TIPS: Jangan guna api besar. Nanti cepat hangit tapi dalam tak masak. 

Lepas dah masak, boleh simpan dalam peti ais untuk jadi roti canai frozen. Bila nak masak, panaskan guna oven. Pakai setting "healthy fry".

Simpan dalam peti ais sampai 3 hari pun tak keras. Kekal sedap.

OK, sekarang cara buat kuah kacang dal.

Bahan-bahan KUAH KACANG DAL :
1. Kacang dal - 200 gram
2. Air
3. Garam
4. Gula

Cara masak : 
1. Bilas kacang dal macam kita bilas beras nasi.

2. Masukkan dalam periuk dan air yang banyak.

3. Guna api besar dan mesti selalu dikacau sehingga mendidih.

4. Lepas sudah mendidih, guna api sederhana, kacau sekali-sekala. Pastikan jangan tinggal lebih 5minit tanpa dikacau sebab takut hangit. Tambah-tambah jika anda punya periuk tidak tebal dibawah. 

Boleh masukkan gula dan garam. Bila nak merasa, perlu kacau semua, pastu baru rasa. Biasa nya kacang dal akan menyerap rasa garam, jadi air dia akan rasa kurang masin. Jadi perlu hati-hati tau.

Masa memasak lebih kurang 30minit. Lepas tu, tutup tudung periuk dengan rapat, dan biarkan sehingga sejuk. 

Simpan dalam peti ais semalaman. Kemudian keesokannya masak lagi sekali, masa ini, anda akan dapati kacang dal akan hancur yang banyak. Jadi ini la TIPS mudah untuk hancurkan tanpa perlu letak atas api dengan lama. 
Gambar ni roti canai kena perangat dengan oven sampai rangup😂 Tapi masih sedap tau. Fokus kat rupa kuah kacang dal tu ya. hihi Kuah tu campur kuah gulai yang sedap~~~

Ok itu saja kali ini. Banyak resepi saya akan kongsi. Mood rajin memasak sekarang. hihi alhamdulillah..

Jaane~ Zai jian~ 

Comments