Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,
Kepedasan dia daripada bahan nama capsaicin. Antioksida yang bagus untuk badan kita serta boleh meningkatkan metabolisma badan. Jadi sebenarnya bagus untuk kesihatan bila kita makan pedas. Tapi hati-hati jangan terlalu pedas kerana dikhuatiri melukakan dinding perut dan usus. Satu lagi, pastikan tidak baring dalam masa 30min selepas makan pedas sebab nanti asid akan naik dan jadi pedih ulu hati.
Kali ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara buat sambal lada segar yang sedap. Sambal lada ni sedap makan dengan semua jenis masakan. Bagi saya, saya suka makan dengan lauk daging masak kicap, gulai, ikan goreng, dan ayam goreng.
Rasa sambal ni masam, manis, masin, dan pedas 😆☺ Fuh, boleh keluar air liur bila fikir pasal sambal ni.
Kepedasan dia daripada bahan nama capsaicin. Antioksida yang bagus untuk badan kita serta boleh meningkatkan metabolisma badan. Jadi sebenarnya bagus untuk kesihatan bila kita makan pedas. Tapi hati-hati jangan terlalu pedas kerana dikhuatiri melukakan dinding perut dan usus. Satu lagi, pastikan tidak baring dalam masa 30min selepas makan pedas sebab nanti asid akan naik dan jadi pedih ulu hati.
Bahan dan cara buat sambal ni paling mudah.
1. Cili hidup merah - 20 biji
2. Cili api - 2 genggam atau ikut tahap kepedasan yang diingini
3. Tomato - 1 biji
4. Limau kasturi - 10 biji
5. Gula
6. Garam
Teknik :
1. Basuh semua bahan.
2. Potong kecik semua cabai dan tomato.
3. Kisar cabai dan garam guna blender kering. Jangan terlampau hancur sampai berair. Kena pandai agak dan tengok.
4. Masukkan cabai yang sudah dikisar dalam mangkuk.
5. Letakkan gula, tomato, dan air perahan limau kasturi.
6. Gaul bagi rata dan rasa. Biasanya kita bagi kuat rasa masin dan manis jika sambal tu terlalu pedas. Sebab bila pedas, kita akan makan sikit, jadi kekuatan rasa manis masin perlu kuat.
Rupa dia sebiji macam sambal belacan tapi disebabkan saya tak makan belacan, jadi saya tak letak. Tapi rasa dia fuhh alhamdulillah sangat sedap.
Simpan dalam peti ais untuk tahan lama.
Makan dengan ikan ni simple tapi lazat. Selalu kalau tak lalu makan, kena makan macam ni. Baru naik selera. hihi
Bagi yang makan belacan, bakar belacan guna api, dan kisar bersama cabai tadi.
Ok itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi. Zai jian. Jaane~
Comments