Wholesale Pharmacist / Farmasi Borong (Bahagian 1)

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya nak tulis bahagian bidang saya. Dah lama saya 'camouflage'. hihi F.A.R.M.A.S.I. Ni bidang yang saya belajar selama empat tahun di universiti. Pengalaman kerja selama tiga tahun di hospital besar berpakar.  Kemudian telah tamat kontrak. Jadi terpaksa mencari haluan baru dan cuba apa saja selagi mampu.

Jadi kali ingin saya ingin berkongsi tentang farmasi borong atau wholesale pharmacist yang ramai tak tahu dan tak faham walaupun oleh ahli farmasi sendiri. Ya la, farmasi ada banyak cabang. Bukan semua orang bekerja untuk semua cabang.

Tujuan utama penulisan ini adalah bagi memberi kefahaman umum kepada orang ramai(atau ahli farmasi sendiri sebab bukan semua terlibat bahagian ni kan.hihi) tentang apa itu 'wholesale pharmacist' yang ramai mungkin tak tahu kewujudan atau skop tugas. Disamping untuk simpanan sendiri sebab kalau tak dikongsi, lama-lama diri sendiri pun lupa. 

Saya nak kongsi ilmu dan pengetahuan sedikit yang saya kat sini supaya ramai boleh tahu dan ambil apa yang bermanfaat. Ilmu bermanfaat boleh bagi pahala berpanjangan diakhirat nanti.

- Sebagai permulaan, kena faham dulu, apa yang dimaksudkan dengan U.B.A.T.

- Ubat yang biasa dipanggil oleh orang awam, dikelaskan sebagai dadah atau racun atau poison dan mempunyai kategori tertentu : Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C, Kumpulan D, Dadah Berbahaya (DD) & Psikotropik (PSY).

- Cara mudah untuk kenal ialah setiap produk tersebut mempunyai kedua-dua perkara berikut : Label Hologram & nombor pendaftaran MAL terpapar dikotak luar bungkusan produk.

- Setiap nombor MAL itu unik kepada setiap jenis produk. 

- Jika MAL berakhir dengan huruf :

A - Hanya boleh dibeli menggunakan preskripsi doktor  (Racun Kumpulan B) ATAU dijual oleh ahli farmasi (Racun Kumpulan C). Jika tiada preksripsi bagi racun kumpulan B, tidak boleh beli di kedai farmasi. Salah disisi undang-undang. Kenapa undang-undang ni macam menyusahkan? Demi kebaikan pesakit2. Ubat-ubat ni perlu lebih berhati-hati, bukan sembarangan sambung makan berbulan-bulan tanpa di'review' oleh ahli perubatan. Banyak faktor perlu dilihat.

X / T / N - OTC / Traditional / Supplemen. Maksudnya boleh dibeli difarmasi tanpa masalah sebarang masalah.

- Hanya produk berdaftar dengan NPRA sahaja dibenarkan dibenarkan dijual dipasaran Malaysia. 

- Sebarang produk yang mengandungi racun, tetapi tidak berdaftar (tiada MAL &Hologram dipaparkan pada produk), maka  produk itu dikira tidak berdaftar dan boleh didenda sehingga RM25,000-50,000 bagi kesalahan pertama.

- Tetapi terdapat produk yang dikategorikan dan didaftarkan dibawah 'Medical Device' walaupun produk tersebut mengandungi racun/ubat/drug/poison.

- Bagaimana nak tahu produk tersebut dikira Medical device atau Drug? Terdapat satu panduan bagi mengetahui tapi sebagai orang awam, mungkin agak susah anda nak faham. Jadi, kita fokuskan kepada produk yang dikira sebagai drug sahaja ya. Kalau nak tahu untuk tujuan laporan kerana disyaki produk palsu, boleh telefon NPRA untuk maklumat lanjut.

- Kenapa penting sangat perlu beli dan guna hanya produk yang berdaftar dengan NPRA? Sebab produk tersebut dijamin kualiti, keselamatan, keberkesanan untuk melindungi semua rakyat Malaysia. NPRA adalah badan yang bertanggungjawab untuk menjaga perkara tersebut. 

- Jadi bila nak beli atau guna apa-apa produk ubat, pastikan hanya produk yang berdaftar. Kalau tak, jika jadi masalah kemudian hari, tanggung sendiri la akibatnya. 

Ok, setakat ni dulu untuk bahagian pertama. Nanti rajin baru sambung bahagian seterusnya. 

Comments