Kata-kata Hikmah : Anda Wira - Teruskan Semangat!

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi kata-kata hikmah yang diambil daripada sebuah buku "Bila Jantung Kata Beep Beep". Kata-katanya sangat best. Anda semua, ya yang sedang membaca ini ada W.I.R.A. atau H.E.R.O. 
Buku Bila Jantung Kata Beep Beep. Best~ Insaf baca buku ni. Kalau rasa sedih,atau sombong, disarankan baca. hihi

Di dalam kehidupan,
Ramai perwira disekililing kita yang tidak disebut namanya,
Mereka adalah wira yang tidak didendang,
Apabila ramai orang sedang tidur di kamar,
sebahagian yang lain berjuang,
Mereka meninggalkan suami, isteri, anak-anak, dan keluarga demi tugas mereka.

Begitu juga mereka yang ditinggalkan,
mereka juga adalah perwira yang berjuang,
mengharmonikan kehidupan setelah berkorban - ditinggalkan yang tersayang,
Kita adalah perwira kepada perwira yang lain,
yang tidak perlukan paluan gendang keraian.

Setiap dari kita punya jiwa perwira,
dan perwira yang sebenar ialah yang mengenal Pencipta dan tujuan mereka dicipta,
Semoga diterima segala amal bakti mereka,
terus ikhlas berbakti kepada pertiwi dan diri sendiri.

Bila baca kata-kata ini, terasa sedikit naik semangat. Ye lah, biasa kita rasa tidak dihargai, hina, dan sebagainya. Tapi sebenarnya bila difikirkan, semua orang mempunyai peranan masing-masing. Tidak perlu merendah-rendahkan orang lain.

Itu sahaja kali ini. Jumpa lagi~

Jaane~ Zai jian~

Comments