Recipe - Biskut Makmur Susu Inti Kacang Tanah

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa

Kali ini saya akan berkongsi resepi membuat biskut makmur. Paling mudah, paling senang, sedap, dan rasa susu! Yeay~ Ada orang panggil resepi ini sama dengan biskut arab. Mungkin sebab bahan-bahan hampir sama. Biskut makmur senang ya amat tau. Sesiapa pun boleh buat cuma pastikan kena berlembut dan penuh kesabaran. Kawal kekuatan tangan saja.

Biskut makmur dapat sebekas ini kalau buat 300g. Bulat-bulat comei.

BEZA BISKUT MAKMUR & BISKUT ARAB ?
Biskut Arab : Tiada inti di dalam dan topping diluar. Rasa manis dibiskut.
Biskut Makmur : Ada inti kacang tanah di dalam dan ada topping gula diluar. Rasa manis daripada topping diluar dan inti di dalam.

Ok, ini pertama kali buat masa sudah besar. Dulu-dulu guna resepi yang ada 'shortening'. Jadi saya tidak berapa minat kerana bahan berkenaan. Kali ini bahan yang sedikit dan mudah. Jadi selepas dicuba, menjadi dan sedap. Alhamdulillah. Anda pun boleh cuba.

Bahan masakan biskut dan inti kacang :

1. Minyak Sapi .......................... (90 g)
2. Mentega ................................ (1 sudu besar)
3. Susu tepung .......................... (3 sudu besar)
4. Tepung gandum .................... (300 g)
5. Garam ................................... (1 sudu teh)

6. Kacang tanah ....................... (1 cawan) – bakar & buang kulit. Tumbuk kasar
7. Gula halus ............................ (1 sudu besar)

Cara masakan :

1. Satukan bahan (1 & 2) serta bahan (3 – 5).
2. Kemudian campur semua bahan (1 – 5) berkenaan dan uli sehingga rata.
3. Bentukkan doh menjadi saiz bola kecil.
4. Satukan bahan (6 & 7) dan isikan ke dalam doh tadi.
5. Uli bagi menjadi bulat dan letakkan diatas dulang yang telah disapu minyak.
6. Bakar pada suhu 160 – 180oC selama 20 minit.

Bahan salutan biskut :

1. Gula halus ...................... ( ½ cawan) – kisar halus
2. Susu tepung**pilihan

Cara hidangan :

1. Biskut yang telah dimasak dibiarkan di suhu bilik.
2. Ratakan gula halus disekeliling biskut dan susun dalam bekas.
3. Sedia untuk dimakan.

TIPS :

1. Pastikan minyak sapi mencukupi bagi memudahkan proses menguli.
2. Doh akan menjadi mudah hancur kerana lembut. Mentega akan membantu mengurangkan tahap hancur. Tetapi bila dimakan, biskut akan mudah dimakan.
3. Topping gula disekeliling biskut akan menjadikan luar biskut sedikit keras.
4. Untuk elakkan inti terkeluar, perlu kepal tangan jadi macam bulat sambil perlahan-lahan tekan elakkan sebarang pecah. Tak pasti boleh faham tak, tapi kalau demo, baru senang faham kot. Sebenarnya hanya perlu teknik yang betul untuk letakkan inti yang banyak. hihi
Minggu depan 18 mei hari lapor diri. Harap semuanya ok lah nanti. hihi

Ok, itu sahaja kali ini. Jumpa lagi. Jaane~ Zai jian~

Comments