Recipe : Tempe Goreng Berlada


Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,

Kali ini saya akan berkongsi resepi masak tempe goreng berlada. Sangat mudah, cepat, sedap! Sesiapa pun boleh buat dan boleh dimakan begitu sahaja. Kalau ada orang yang sedang mengawal kalori makan, bolehlah dicuba tempe ini. Mengenyangkan tetapi sedap dimulut.
٩(◕‿◕)۶
Tempe goreng berlada. Nyummy~~

Sebenarnya saya tengah menyiapkan kompilasi buku resepi rujukan sendiri bagi memudahkan urusan harian. Sebenarnya, bila dibukukan semua resepi yang kita makan, ianya seolah menjimat RAM Memory minda kita. Jadi rasa ringan minda. hihi Boleh cuba.

<( ̄︶ ̄)>

Bahan masakan :

1. Tempe ...................... (2 paket) – potong dadu & goreng
2. Bawang merah ......... (5 biji) – kisar halus
3. Bawang putih ........... (3 biji) – kisar halus
4. Air ............................. (1-2 cawan)
5. Cili api ...................... (15 biji)
6. Cili merah ................. (5 biji)
7. Cili hijau .................... (4 biji)
8. Minyak masak .......... (2 senduk)

9. Gula ......................... (5 sudu besar)
10. Garam ...................... (2 sudu teh)

11. Bawang besar .......... (1 biji) – hiris nipis

Cara masakan :

1. Kisar halus bahan (2 – 4).
2. Masukkan bahan (5 – 7) dan kisar kasar.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta bahan (9 & 10) sehingga mendidih.
4. Masukkan bawang besar dan masak hingga mendidih.
5. Masukkan tempe dan goreng sehingga pekat.
6. Sedia untuk dihidang.

TIPS :

1. Pastikan tumis bawang sehingga agak-agak hilang bau bawang sebelum memasukkan tempe.
2. Tempe boleh dimasukkan awal bagi melembutkannya.
3. Sesuai dimakan sahaja macam snek.
4. Tahap kepedasan boleh diubah dengan kuantiti cili api

Ok, itu sahaja kali ini. Nanti kan lebih banyak resepi masakan daripada saya yang mudah, cepat, tetapi sedap~

♡( ◡‿◡ )

Jaane~ Zai jian~

Comments