Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,
Memandang tahun ni satu dunia telah dilanda wabak virus Wuhan atau lebih dikenali sebagai Covid -19, jadi penggunaan pelitup muka (face mask) adalah wajib bagi membendung penularan.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis face mask yang ada dipasaran yang majoriti daripadanya adalah buatan dari negara China. Oleh itu, kualitinya sangat berbeza.
Berikut saya lampirkan jenis-jenis face mask yang berkualiti iaitu Barrier, Medicos, Winner, dan Surgipro. Semua ini gred Medical/Surgical. Biasa kalau tidak ditulis dikotak, mask tersebut dikira gred non-medical.
1. Jenama Medicos. Terdapat dalam pelbagai jenis dan warna. Keluaran syarikat Malaysia. Lembut dipakai di muka. Besar dan selesa. Tali getah panjang.
2. Jenama Winner. Keluaran syarikat di negara China. Hospital grade. Getah di telinganya selesa dan elastik.
3. Jenama Barrier. Keluaran luar negara. Material macam plastik kertas tetapi selesa.
Ini semua yang saya pernah cuba. Jadi baru berani kongsi kat sini. hihi
4. Surgipro. Jenama ni kontrak KKM. Maksudnya kalau jumpa kedai kat luar jual, cuba cek dulu label kotak tu, ada tulis KKM tak. Kalau ada, sila buat aduan kerana mereka telah menjual aset kerajaan. Barang-barang yang dilabel KKM tidak boleh dijual diluar. Hanya untuk kegunaan dalaman KKM sahaja. Ini contoh label kat kotak.
Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan pelitup muka, antaranya :
1. 2-ply atau 3-ply
- 2-ply adalah untuk kegunaan biasa.
- 3-ply adalah biasanya untuk kesihatan.
2. Material mask. Lembut atau kasar. Tebal atau nipis. Ada yang jenis menyebabkan gatal dan bersin bila dipakai mungkin kerana berbulu. Jika tebal, menyebabkan susah bernafas dan panas.
3. Kekerasan besi di hidung. Jika terlalu lembut, sukar untuk membentuk mengikut hidung dan menyebabkan mask mudah bergerak naik keatas mengenai mata.
4. Material elastik getah ear loop mask. Ada yang jenis menyebabkan sakit telinga bila dipakai dalam masa yang lama. Ada juga jenis non-woven tau! Pastinya paling selesa sebab macam kain. Cuma kalau tersilap tarik, akan menjadi longgar dan tak boleh diketatkan balik dah..
Ni contoh yang non woven ear loop. Orang yang muka besar tak sesuai pakai ni kerana mungkin akan senang koyak.
5. Kepanjangan tali ear loop. Jika terlalu pendek, telinga akan menjadi sakit serta hidung juga akan sakit kerana terlalu ketat di hidung.
6. Warna. Warna tidak menjejaskan kualiti cuma menjadikan pengguna rasa seronok la. hihi Ada pelbagai warna yang boleh dipilih. Jenama Medicos mempunyai pelbagai warna.
7. Kualiti. Antara cara paling senang untuk tahu ialah ada emboss / printing / tulisan jenama di mask. Macam jenama Medicos dan Winner. Sekali tengok dah tahu. Ada juga jenis steril. Maksud steril ni dah mati kuman semua. Packaging jenis sekeping-sekeping atau 25 keping.
8. Tie on (ikat) atau Ear loop (telinga). Kalau yang pakai tudung, biasa selesa dengan jenis ikat. Tapi dari segi cepat, lagi cepat siap kalau pakai ear loop. Sekarang sudah ada pelbagai jenis mask extender /adjuster di pasaran. Jenis getah atau plastik yang berbeza kepanjangan. Kalau ear loop pendek, perlukan mask extender yang panjang. Sebab kalau tak, risau putus atau sakit telinga.
9. Saiz besar mask. Ada yang jenis kecil untuk kanak-kanak, ada sederhana, dan ada yang besar. Kadang kalau muka saiz berisi atau besar, kena cek muat tak mask untuk tutup muka. Kalau tak, nanti tak selesa di pipi.
10. Nombor kod gred mask. Buatan daripada China kadang tidak ditulis jenis Medical /Non Medical. Mereka menulis kod seperti EN14683, YY/T 0969-2013, YY 0469-2011 & GB 19083-2010. Ni kod medical mask. Cuma saya tak pasti reliability lah.
10. Ada sijil kelulusan. Mask biasanya ada sijil yang menunjukan ujian ke atas mask lulus untuk digunakan dan dikategorikan sebagai medical/surgical. Boleh minta daripada syarikat jika ingin kepastian. hihi
Ni contoh sijil mask (attestation of conformity)
Ok itu sahaja kali ini. Jumpa lagi untuk topik lain. Saya makin lama makin 'ketagihan' untuk berkongsi pelbagai perkara informatif kat blog ini. hihi Maklumkan, saya suka meneroka dan mencuba perkara baru. Ilmu perlu dikongsi supaya ramai dapar manfaat. Pahala pun dapat.
Jaane~ Zai jian~
Comments