Carian Hak Milik Geran Tanah di Pulau Pinang

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi tentang carian hak milik geran tanah bagi negeri Pulau Pinang. Tujuan carian ini biasanya adalah untuk mengetahui :
1. Nama pemilik sebenar tanah
2. Keluasan sebenar tanah

Maklumat wajib yang diperlukan dalam borang adalah:
1. Daerah
2. Mukim
3. No Lot
4. No hak milik **mereka boleh tolong carikan untuk kita

Biasanya empat maklumat diatas ini boleh didapati dalam Resit Bayaran Cukai Tanah. Resit cukai tanah memang lengkap dengan semua maklumat.

Ini contoh resit cukai tanah. Tapi negeri Kedah punya. Saya tak ada negeri Pulau Pinang punya. 

Harga cukai tanah berbeza mengikut jenis tanah. Pertanian lebih murah berganda berbanding pembangunan/perumahan. Industri saya rasa mungkin paling mahal.

Sesiapa sahaja boleh membuat permohonan ini. Borang boleh diambil di Komtar di Pejabat MBPP tingkat 3. Tidak kisah anda bukan pemilik tanah pun anda boleh cari. 

Terdapat dua jenis carian iaitu :
1. Carian Persendirian. 
- Bayaran RM30
- Boleh terus dapat maklumat dengan segera pada hari sama. Tak sampai 5minit sudah siap. Cuma perlu lengkapkan borang.
- Tidak boleh digunakan untuk urusan rasmi seperti pembahagian faraid.

2. Carian Rasmi
- Bayaran RM100
- Untuk kegunaan rasmi seperti pembahagian faraid
- Lebih detail seperti boleh mengetahui pemilik sebelum ini.
- Selepas menghantar borang, perlu tunggu dalam 2-3 minggu baru dapat maklumat. 

Ini adalah contoh dokumen carian persendirian untuk rujukan semua. Ini pertama kali saya membuat carian. hihi Memang macam jakun sikit. Banyak tanya orang kaunter.
Muka surat 1
Muka surat 2
Muka surat 3

Ini pulak contoh bil cukai tanah negeri Pulau Pinang.
Kalau tengok dalam bil tu, lagi banyak tangguh, memang tak termampu la nampaknya nak bayar. 

Kalau anda ada tanah pusaka, cepat-cepat uruskan faraid. Lagi banyak anak cucu cicit, lagi rumit untuk diselesaikan. Kasihan kepada anak cucu cicit. Disebabkan harta boleh bergaduh besar tau. Kebanyakan orang 'blingbling'⭐⭐⭐ mata bila nampak duit. Boleh tengok berapa banyak kes, putus hubungan keluarga disebabkan harta. Ada kes bunuh sebab inginkan harta. Tapi ingat, pembunuh kepada simati tidak boleh mewarisi walau satu sen harta simati walau pun pembunuh tu adalah waris penerima faraid.

Ok itu saja kali ini. Saya akan berkongsi lebih banyak lagi tentang harta dan pusaka. hihi Jumpa lagi. Jaane~ Zai jian~

Comments