Tips Goreng Ikan / Ayam Tidak Meletup

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi tentang tips untuk memasak tanpa meletup. Biasanya kalau goreng ikan atau ayam, minyak akan meletup dengan dahsyat dan terkena kulit. Sakit tu.... Nanti jadi berparut kulit bintik-bintik. Kan dan tak cantik. hihi

Ni ha gambar salah satu teknik goreng ikan. Buang biji mata dia😎 Memang jadi senyap tak bunyi. Selalu yang meletup teruk tu sebab biji mata ikan ada jeli dan air.
Tips seterusnya ialah letakkan asam keping dalam minyak. Asam keping tu tidak akan menjadi hangit tau. Selalunya tips ini guna semasa goreng ayam. Memang berkesan.

Kalau kata takdir memang minyak merecik terkena kulit, pastikan dengan kadar segera, tanpa lengah, alirkan tempat terkena minyak dengan air yang banyak. Boleh letakkan ais sehingga hilang rasa berdenyut sakit. Selagi masih rasa berdenyut, teruskan letak ais. Tapi jangan sampai kebas pulak. Nanti rosak saraf. Maksima 20min ya. 

Kalau nak tahu, saya pernah terkejut dan tertumpah satu senduk minyak panas mengelegak ke kaki dan tangan. Sakit jangan tanya la. Terus basuh dan letak ais. Pastu boleh juga letak kicap,  ubat gigi. hihi Semua menjadi. Maksudnya tiada langsung kesan parut atau melepuh. Tapi TIPS PENTING ialah SEGERA TANPA LENGAH TAU. Kalau tak, memang tak menjadi.

Ok itu sahaja kali ini. Jumpa lagi. Jaane.. Zai jian..

Comments