Wholesale Pharmacist / Farmasi Borong (Bahagian 2)

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya akan sambung mengenai wholesale pharmacy (farmasi borong) atau singkatan W.P. Artikel siri 1 adalah berkaitan pengenalan mengenai ubat /racun.

Artikel kali ini pula akan menceritakan dengan lebih mendalam mengenai tugasan W.P - lesen, borang, proses terlibat.

Bagi membolehkan sesuatu pengoperasian bisnes borong ubat-ubatan, syarikat mestilah mempunyai ahli farmasi berdaftar dan berlesen. Ahli farmasi berkenaan dikenali sebagai Wholesale Pharmacist. 

Borong bermaksud sebarang bentuk penjualan ubat ke tempat-tempat lain. 
Contoh aktiviti borong adalah seperti berikut : 

Klinik A membekalkan ubat ke Klinik B & Klinik C. Walaupun Klinik B & C adalah anak syarikat Klinik A, tetapi pembelian ubat daripada Syarikat KK telah dihantar ke Klinik A dahulu sebelum Klinik A sendiri membekalkan ke Klinik B & C. 

Proses transit ini adalah tidak dibenarkan sama sekali jika tiada ahli farmasi. Tindakan undang-undang seperti nasihat beserta amaran, akan didakwa dimahkamah dan juga rampasan boleh dibuat.

Jadi siapakah Wholesale Pharmacist?

1. Berdaftar sebagai ahli farmasi (Sijil Amalan Tahunan). 
Sijil Pendaftaran

Annual certificate

2. Mempunyai lesen A.
Muka 1
Muka 2
Muka 3
Muka 4
Muka 5

3. Mempunyai lesen borong

Semua lesen berkenaan perlu diperbaharui setiap tahun dan anggaran kos keseluruhan adalah RM300 + RM500+ RM50 + lain-lain = ~RM1,000.00 .

Pharmacist wajib memastikan bisnes berkenaan mematuhi "Good Distribution Practice (GDP) Guideline". Oleh itu, terdapat banyak perkara yang perlu dilaksanakan sebelum sesuatu syarikat mendapat kelulusan aktiviti borong. Topik GDP saya akan huraikan dalam artikel selepas ini kerana sangat banyak.

Bagi mereka yang menjadi 'pioneer' atau syarikat itu adalah pertama kali baru ingin menceburi bidang ini, perkara ini tidaklah susah. Cuma jika anda adalag sebagai seorang bos yang akan mengambil ahli farmasi, hormatilah ahli farmasi anda. Kejayaan sesuatu bisnes bukanlah atas faktor kehebatan anda seorang sebagai bos. Tanpa orang bawahan, anda tidak akan mampu maju kehadapan. 

Nasihat saya lagi, jika anda Muslim, buatlah bisnes TANPA MENIPU. Untuk apa untung dunia tapi rugi akhirat. Hidup atas dunia hanya sementera.

Ok, kepada yang baru menceburi bidang ini, mesti tertanya-tanya apa yang patut anda buat jika diambil bekerja.

1. Baca buku Poison Law. Cuba hadam dan fahami betul-betul.
2. Baca GDP Guideline. Kalau boleh, ikut semua yang dikehendaki.
3. Cipta SOP syarikat anda sendiri. Pastikan SOP anda praktikal dan tidak menyusahkan diri kemudian hari. SOP juga mestillah memastikan anda terselamat sekiranya berlaku apa-apa kes yang disabitkan kesalahan. hihi

4. Kemaskini SOP dari semasa ke semasa kerana sememangnya akan ada perubahan yang lebih baik.

5. Pastikan SOP yang anda cipta itu dibuat "Copyright" kerana itu karya titik peluh anda.

Dalam masa yang sama, anda juga perlu menyediakan dokumen yang berkaitan serta memohon lesen-lesen yang disebutkan diatas.

Cadangkanlah penggunaan sistem berkomputer yang akan sangat memudahkan kerja anda dalam perkara dokumentasi.

Dokumentasi adalah sangat penting dan wajib supaya sekiranya berlaku apa-apa perkara, anda tahu apa yang berlaku daripada A hingga Z. Contoh permohonan pembelian ubat hinggalah pembekalan ubat kepada pembeli.

Borang/Dokumen yang diperlukan berkaitan W.P. adalah seperti berikut:
1. Borang pesanan pembelian ubat (purchase order) daripada pembeli kepada pembekal. Pembeli mestilah yang berlesen samada Doktor atau ahli Farmasi. Borang tersebut mestilah ditandatangi oleh mereka sahaja.

2. Borang Penerimaan Barangan / Delivery Order. Ini sebagai bukti barang diterima dan tahu daripada pembekal apa. Wakil pekerja dialamat pemesan boleh menandatangani dan juga beserta cop syarikat.

3. Buku rekod jualan ubat secara borong. Dalam buku ini perlu ada  maklumat mengenai tarikh jualan, nama dan alamat pembeli, nombor rujukan PO, nama dan kekuatan ubat.

4.Buku rekod jualan ubat dadah merbahaya atau psikotropik. Sama seperti di nombor tiga tetapi wajib ada B.A.K.I. stok bagi setiap transaksi. Setiap item ubat perlu berasingan buku.

5. Borang 49

6. Borang 24

7. Lesen Majlis Perbandaran
8. Borang 9 (Sijil SSM)
9. Memorandum of Association

10. Article of Association

11. Salinan IC Pembantu Stor

12. Papan iklan bisnes (mesti memenuhi kehendakan DBP). 

13. Letter of Authorization untuk Quest 3
14. Sijil Body Corporate bagi syarikat Sdn Bhd (untuk farmasi komuniti sahaja)

15. Permohonan Sijil Digital Quest3 di laman web NPRA


Ok itu sahaja kali ini. Saya akan sambung dalam artikel yang seterusnya. 

Jaane~ Zai jian~

Comments