Cara Carian / Cabutan Sijil Kematian

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara mencari/mencabut/mendapatkan sijil kematian yang hilang.

Biasanya sijil kematian ini diperlukan bagi menyelesaikan urusan faraid atau pembahagian harta pusaka. Caranya amat mudah. Cuma memerlukan sedikit masa anda.

Makluman lanjut boleh didapati di laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) https://www.jpn.gov.my/maklumat-kematian/cabutan-sijil-kematian-3/#1458543685262-4358d481-36fd

DOKUMEN DIPERLUKAN :
1.  Salinan Kad Pengenalan Pemohon (1 salinan)
2. Borang Lengkap JPN.LM13 (diambil di pejabat JPN)
3. Pemohon sendiri perlu hadir untuk urusan tersebut.
4. Duit bayaran RM5.00 bagi setiap permohonan (jika ada IC simati). Jika tidak, RM10.00 bagi setiap carian.

TEMPAT PERMOHONAN:

1. JPN Negeri
2. UTC - Boleh ambil disini jika ada maklumat nombor kad pengenalan simati

INDIVIDU YANG BOLEH MEMOHON CABUTAN/ CARIAN SIJIL KEMATIAN : 
  1. Ibu atau bapa si mati 
  2. Suami atau isteri si mati 
  3. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi si mati
  4. Adik-beradik kandung si mati
  5. Firma Guaman
  6. Badan Berkanun
  7. Agensi kerajaan
JANGKA MASA UNTUK DAPAT SIJIL KEMATIAN :

Sijil kematian boleh dapat terus (lebih kurang 1jam) jika kita mempunyai maklumat kad pengenalan simati. 

Tetapi jika tiada maklumat kad pengenalan, masa diperlukan lebih lama iaitu 1minggu bagi setiap tahun yang dicari.  Maksudnya jika kita tidak pasti dan ingin membuat carian bagi 2 tahun, masa diperlukan adalah 2minggu. Tetapi untuk kes saya baru-baru ini, walaupun mereka maklumkan 2minggu, tetapi selepas 1 minggu sudah siap. hihi

Anda juga boleh minta mereka pos ke JPN negeri lain. Contoh kalau anda buat permohonan di negeri Penang dan ingin mengambil keputusan di negeri lain seperti Kelantan, jadi anda perlu maklumkan siap-siap. Tapi mesti diambil di JPN Negeri ya. UTC tak boleh.

Jadi amat penting sekurang-kurangnya anda tahu tahun kematian dan tempat kematian dilaporkan (Balai Polis / Hospital) simati.

Jika tiada nombor kad pengenalan simati, maka anda perlu buat akuan sumpah di Pesuruhjaya Sumpah . Bayaran RM4.00. Kalau anda rasa nak buat untuk 3 tahun, terus buat dalam satu akuan. Tapi adik beradik saja boleh buat. Yang lain-lain saya tak pasti.


Isi borang JPN.LM13. Ada dua muka surat.
Muka 1

Muka 2

Resit bayaran. Ada 2 muka surat kalau buat carian yang tiada IC.
Muka 1

Muka 2

Selepaa 1 minggu, anda boleh telefon JPN dan tanya status. Jika ada, anda boleh terus ke JPN untuk cetakan. Jika carian tahun yang diminta tidak dijumpai, anda cuma akan dapat dokumen seperti ini. 

Keputusan Carian Dalam Daftar
1 muka surat sahaja

Sijil Kematian
1 muka surat sahaja. Dalam ni akan ditulis bila tarikh cabutan dibuat. 

Proses mudah dan cepat dan senang sebenarnya. tapi lagi senang kalau tak perlu buat carian. hihi Jadi simpan la dokumen-dokumen penting ya.

CONTOH KES UNTUK LEBIH FAHAM :

*Contoh kes 1*
Nama penuh simati : Ada
No. kad pengenalan simati : Ada
Bayaran dikenakan :
RM 5.00/1 cetakan sijil kematian
*Mudah dan cepat kerana ada maklumat nama penuh dan kad pengenalan 

*Contoh kes 2*
Nama penuh simati : Ada
No. kad pengenalan simati : Tiada/Tidak tahu
Tempat kematian dilaporkan : Balai polis... (Agak2)
Carian tahun kematian : 1987
Bayaran dikenakan :
RM 5.00/1 cetakan sijil kematian
RM 10.00/1 tahun carian
*1 borang boleh letak 3 tahun carian yg berlainan (etc.1984 dan1985 dan1986)

*Contoh kes 3*
Nama penuh simati : Ada
No. kad pengenalan simati : Tiada/Tidak tahu
Tempat kematian dilaporkan : Balai polis... (Agak2)
Carian tahun kematian : 1985 dan 1986
Bayaran dikenakan :
RM 5.00/1 cetakan sijil kematian
RM 20.00/2 tahun carian
*sekiranya nak buat carian tempat laporan kematian yg berlainan, katakanlah di balai polis dan hospital, kena isi 2 borang berasingan.

Harap boleh faham semua.

Itu sahaja kali ini. Jumpa lagi. Jaane. Zai jian. 

Comments

Unknown said…
Salam, tumpang tanya. Apa beza "carian" dan "cabutan" kematian ya?
Anonymous said…
cabutan tu akan dapat sijil kematian yang ori. carian tu akan tulis ja status dalam surat, cth: telah meninggal dunia
malin said…
salam..tumpang tanya, buat carian tu ada jumpa rekod kematian ke (gambar sijil mati tu) pasal tgk carian tu tulis tiada rekod
Unknown said…
Salam,nk tnya akuan sumpah tu mmng untuk adik beradik ke mcm mna..klau si mati adik beradik semua telah mninggal dunia ,kira mcm mne ye?adakah anak saudara perlu membuat akuan sumpah atau terus ke JPN untuk dptkn carian sijil kematian?
Anonymous said…
Tumpang tanya.. saya kehilangan sijil kematian ibu saya dan baru nak memohon gantian.

saya ada dokumen asal seperti passport ibu, sijil nikah,surat dr ketua kg, dan Salinan sijil kematian ibu, salinan ic pemaklum.

rasa2 dapat kutip gantian sijil tu pada hari yg sama tak?