Celik Kesihatan : Resdung / Kerap Selsema? Bagaimana Untuk Sembuh?

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya akan berkongsi tentang resdung. Masyarakat Melayu biasa akan menyebut "Resdung" bila anda kerap bersin, selsema, sakit hidung, hidung berair, sakit tekak,dan juga ada bintik-bintik kecil dimuka. 

Saya akan kongsikan pengalaman yang saya sendiri alami dan cara mengawal penyakit ini. Saya lebih suka menyebut sebagai selsema berbanding resdung. 

PENYEBAB SELSEMA

1. Tangan tidak bersih semasa aktiviti mengorek hidung.
2. Orang sekeliling bersin

Huraian : 

Untuk makluman, semua orang boleh mendapat selsema. Selsema ini datang daripada virus. Virus ini biasanya daripada titisan air / wap kerana orang bersin didepan kita, atau kita menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus dan mengorek hidung tanpa membasuh tangan dengan bersih. Kuku yang panjang terutamanya adalah sumber kotoran yang paling berkesan untuk membuatkan akan selsema.

Jadi, bila masa sesuai untuk cuci lubang hidung?
Masa setiap kali mengambil wudu atau seeloknya semasa mandi (selepas sabun badan). Ini menjaminkan kuku anda telah betul-betul bersih sebelum korek hidung. 

Kenapa dengan hidung? Sebab struktur fisiologi hidung yang basah / lembab serta ada saluran darah dan itu adalah keadaan dan sumber makanan yang paling  kondusif untuk virus membiak.

Jadi, pelitup muka atau face mask adalah penting dipakai jika anda mempunyai gejala bersin, batuk, dan berkahak. Tolong pakai untuk jaga kesihatan orang lain. Macam saya, sejak PKP dilaksanakan semasa COVID ni, alhamdulillah tidak pernah kena selsema pun.

CARA MERAWAT SELSEMA DENGAN CARA TRADISIONAL TANPA UBAT-UBATAN

Makanan :
1. Banyakkan minum air suam. Terutama kalau rasa suhu badan tinggi. Supaya kencing banyak dan secara semulajadi akan turun suhu. Jadi tak perlu makan Paracetamol (Panadol).  Tapi kalau tak turun juga, baru boleh makan.

2. Minum air cuka epal 2 sudu besar + sedikit air suam setiap hari (jika ada sakit tekak)
3. Air lobak merah 1 batang untuk 2 hari (boleh diminum dengan susu. Biasa saya blend lobak merah + susu tepung Fernleaf + Gula). Dalam lobak merah ni ada banyak vitamin A tau. Bagus untuk kulit dan mata juga. 

4. Air Celery 1 batang
5. Makan sayur Daun Sup
6. Air Lemon (untuk kuatkan imuniti badan untuk lawan virus)
7. Air Jus Oren (untuk kuatkan imuniti badan untuk lawan virus)
8. Makan jambu batu (untuk kuatkan imuniti badan untuk lawan virus)
9. Makan suplemen vitamin Cod Liver Oil. Maksima satu hari 6 biji. Boleh makan 2 biji pagi,  2 biji tengah hari, 2 biji malam. Lepas dah sembuh, makan 1-2 biji saja tiap-tiap hari. Dalam tu ada vitamin A & D.

Aktiviti :
1. Banyakkan rehat. Untuk bagi peluang 'tentera' dalam badan anda berperang melawan virus. Rehat yang cukup akan mempercepatkan proses sembuh.
2. Selimut bahagian dada dan leher.
3. Elakkan makanan pedas dan berminyak (bergoreng) dan bergetah (pisang, rambutan). Sebab akan menyebabkan jadi banyak kahak dan batuk.
4. Elakkan makan makanan yang anda alergik. Contoh kalau alergik belacan, jangan makan belacan untuk sementara waktu.

Selama saya menjaga semua ini, alhamdulillah tak perlu makan ubat antihistamine macam cetirizine, loratadine dan lain-lain. Cukup dengan cara atas ini pun sudah mampu mengawal dan menyembuhkan. Alhamdulillah.. Saya pernah makan antihistamine, tapi kesan dia tak seronok macam natural. 

Itu sahaja kali ini. Jumpa lagi. Jaane. Zaijian..

Comments