Celik Kesihatan : Tidur Tidak Nyenyak & Kaitan Tulang Belakang

Assalamualaikum Nihao Konnichiwa,

Kali ini saya ingin buat perkongsian tentang kesihatan.
Letih Melampau. Terseliuh. Sakit Belakang. Banyak Tidur..

MASALAH:

1. Siapa yang selalu rasa letih yang amat bila bangun tidur pada waktu pagi? Padahal malam tidur jam 10pm dan bangun 6pagi, tapi masih rasa tersangat letih?

2. Selalu terjaga tengah-tengah malam untuk buang air kecil (kencing) sampai 2-4 kali padahal tak minum banyak air pun sebelum tidur. Jumlah air kencing pun sikit je setiap kali bangun. Tapi anda tiada kencing manis.

Tahu tak jika anda tidur nyenyak, anda tidak akan terjaga untuk kencing pada tengah malam. Kecuali la cuaca sejuk melampau atau anda minum air yang sangat banyak sebelum tidur. Jika tiada keadaan berkenaan tetapi anda terjaga waktu malam, itu tanda tidur anda tidak nyenyak.

3. Malam-malam selalu tidak nyenyak tidur dan selalu terjaga untuk pusing-pusing dan rasa nyamuk gigit sangat mengganggu. Padahal pasangan anda tiada masalah terjaga sebab nyamuk pun.

4. Anda perlu tidur pada waktu siang dan tidur tersebut adalah sangat nyenyak.

5. Lebih sedap tidur tanpa bantal dan hanya dalam satu posisi yang selesa?

Kalau nak tahu, bantal sangat penting jika anda tidur secara mengiring. Ini bagi memastikan bentuk tulang belakang anda terjaga. Kerana jika tidak dijaga, lama kelamaan tulang anda akan membengkok. Atau paling cepat kesan ialah sakit urat leher dan mudah terseliuh leher. 

6. Kemuncak adalah anda rasa berat dan seperti ditarik-tarik belakang anda, macam ada tarikan magnet yang kuat dibelakang badan dan katil. Lenguh yang amat untuk bangun.

7. Bahagian badan tertentu menjadi mudah terseliuh.

Pernah atau sedang mengalami kesemua simptom diatas sekali gus dan dalam jangka masa lama (berbulan-bulan)?  Hati-hati!!

Adakah anda ada scoliosis atau bengkok tulang belakang? 
Ini contoh Xray Mild Scoliosis bentuk S.

Jika YA, maka itu mungkin petanda masalah tulang belakang. Bertindak segera!

Biasanya walaupun scoliosis anda hanya MILD / ringan, anda masih perlu buat rawatan fisioterapi untuk regangan otot. Kerana jika tidak, otot akan mengeras satu bahagian dan lembik/lemah bahagian bertentangan.

Pastikan fisio anda tidak keterlaluan sehingga sakit. Jika sakit atau bengkak, surutkan dengan ais 20minit. Lepas surut, baru boleh buat fisio kembali. 

Fisio perlu dibuat hari-hari. Anda akan merasakan otot berasa ringan dan mudah untuk bergerak. Hospital kerajaan ada unit fisio. Mereka akan ajar teknik yang sesuai untuk jenis bengkok anda, bentuk C atau S.

Ok itu saja perkongsian saya kali ini. Saya mempunyai "mild scoliosis". Mengangkat barang yang berat serta berdiri yang lama menyebabkan saya sakit belakang serta mencucuk-cucuk dibahu. Itu terjadi sebab bahu sudah "dislocate" (jatuh).

Jaane. Zai jian.

Comments