Resepi : Home Made Boba Pearl

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi tentang cara mudah buat boba atau pearl atau apa jua nama yang orang panggil.hihi Biasa letak dalam air Tealive atau seangkatan dengannya. Sekarang kat pasar malam pun banyak orang buat boba pearl sendiri. Cara sangat mudah cuma ambil masa untuk uli bagi bulat. Penuh kesabaran &makan masa sangat lama tau.

Jengjeng.. Berkilat elok. Chewy
 Kenyal-kenyal. hehe

Bahan masakan :

1. Daun pandan (1 helai) – potong kecil
2. Air (1 cawan)
3. Gula (3 sudu besar)
4. Garam (1 sudu teh)
5. Tepung ubi (2 cawan)
6. Serbuk koko (1 sudu besar)

7. Air (1 periuk)
8. Daun pandan (1 helai)

9. Air (1 cawan)
10.Gula ( ½ cawan)

Cara masakan :

1. Campur bahan (1 – 4) dan masak hingga mendidih. Tutup api.
2. Campurkan dengan bahan (5 & 6). Uli sehingga sebati. Bentukkan menjadi bulat kecil.
3. Salutkan bebola kecil tadi dengan tepung ubi supaya tidak melekat antara satu sama lain.
4. Panaskan bahan (7 – 8) sehingga mendidih.
5. Masukkan bebola tadi dan masak selama 20 minit. Kacau sekali sekala supaya tidak melekat antara satu sama lain.
6. Tutup api. Tutup tudung periuk. Biarkan selama 15 minit.
7. Tapis dan bilas dengan air paip sehingga hilang semua kanji yang melekat pada boba.
8. Kemudian, masak bahan (9 – 10) sehingga pekat.
9. Masukkan boba yang telah dibasuh tadi dan masak sehingga mendidih.
10.Sedia untuk dihidang bersama air susu segar.

TIPS :

1. Pastikan semasa langkah (2), doh tidak terlalu lembik. Perlu sedikit kering supaya mudah dibentukkan.
2. Pastikan saiz bulat mengikut anggaran saiz straw.
3. Air pada langkah (6) mesti banyak supaya tidak perlu tambah jika kering. Jika ditambah, dikhuatiri menjejaskan tekstur.
4. Sesuai dihidang untuk 6-8 cawan.
5. Tekstur dia adalah kenyal bila dikunyah dan nampak berkilat selepas direbus.
6. Jangan buat banyak sangat. Nanti muak, tak sedap. hihi

Sesuai dihidang bersama susu segar + air teh / coklat + ais batu. Macam ni ha..
Letak boba. 
Letak ais.
Letak susu segar Farm Fresh 
Letak air berperisa.

Kalau buat ramai-ramai, memang best. Syok kunyah. Sesuai untuk budak-budak yang suka mengunyah.  hihi

YANG PENTING SEKALI, JANGAN SIMPAN DALAM PETI AIS. KENA MAKAN TERUS. NANTI JADI TAK KENYAL & TAK SEDAP DAH WEH~~~. Pengalaman... 

Ha.. Tengok tu.. Sedap.. Alhamdulillah..

Ok itu sahaja.. Jumpa lagi.. Jaane.. Zai jian..

Comments