Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,
Kali ini saya ingin berkongsi tentang rawatan tahunan kucing. Klinik Veterinar yang saya pergi adalah klinik khas untuk kucing. Namanya Kitty Care Clinic di Bayan Baru. Doktor Veterinar semua Muslim dan perempuan. Untuk musim PKP sekarang, perlu buat temujanji dahulu ya. Saya pergi hari tu tanpa mengetahui tentang ini, tetapi alhamdulillah mereka benarkan masuk.
Pastikan bawa kucing dalam bekas carrier dan tutup dengan kain ya. Terutama kalau kucing tu jenis takut sebab maklumla jarang-jarang keluar rumah.
Tengok muka dia letih tak larat lepas kena vaksin. hihi Mata dan hidung dia naik pigmentation. Menurut pembacaan, pigmentation ni normal untuk kucing warna koko. Berat dia masa ni 4.18kg. Turun 300g daripada tahun lepas.
Kucing saya sihat walafiat cuma risau ada cacing. Jadi saya bawa untuk cek keadaan dia. Kos rawatan adalah RM90.00. Rawatan yang diterima :
1. Ubat cacing RM10.00
2. Vaksin RM40.00
3. Ubat Kutu (Revolution Plus) RM40.00
Ni rupa ubat kutu. Kena titik di leher pada hari ke 3 selepas vaksin. Tak boleh jilat atau sentuh tangan kita ya. Memang mujarab dulu-dulu bagi pakai.
Ni kad rawatan kucing saya. Umur dia sekarang anggaran sudah 4 tahun. Mula-mula pergi Peng Aun Veterinary Clinic. Pastu sebab masa menunggu dia terlalu lama sampai 1-2jam lebih, jadi tukar klinik sajalah kan. Lagipun Klinik Peng Aun tu terlalu banyak anjing dan bau anjing sangat kuat. huhu
Ni resit rawatan tahun 2019. Fungus cream tu susah nak bagi pakai kat kucing tau. Bila kita sapu je, dia nak jilat terus. Jadi kalau ada kolar lagi bagus dipasang. Hari tu kucing saya ada spot hilang bulu. Rupanya sebab fungus.
Doktor kat klinik ni so far baik dan informatif.
Itu sahaja kali ini. Jumpa lagi.
Jaane..Zai jian...
Comments