Assalamualaikum , Ni hao, Konnichiwa,
Sebagai seorang pesakit yang ingin ke klinik swasta, pasti anda tertanya-tanya, apa yang patut aku tahu bila ke sana? Khuatir betul kalau bayar mahal-mahal untuk kesihatan, tetapi hasil tidak seberapa.
Adakah doktor di klinik itu betul-betul ingin merawat atau hanya buat bisnes (mahu duit semata)?
Jawapannya boleh jadi : Ya dan tidak.
Kenapa?
Setiap klinik itu bergantung kepada keperibadian doktor yang menjalankan tugas. Selain itu, polisi klinik berkenaan turut mempengaruhi keputusan rawatan. Oleh itu, amatlah penting untuk anda mencari klinik& doktor yang amanah serta boleh dipercayai.
Jika tidak diketahui status amanahnya, apa yang boleh anda buat ialah pastikan anda fahami penyakit anda. Baca. Equip yourself with knowledge so that you won't get cheated easily. Dont simply trust people without solid proof. Use you brain.
Ha...omputih sikit. Saya bercakap sebagai seorang ahli farmasi yang pernah bekerja di sebuah klinik swasta. Bukan semua klinik swasta boleh dipercayai. Walaupun dia kata klinik dia Islam.
Apa yang perlu tahu bila ke klinik swasta?
1. Pastikan klinik & doktor itu amanah dan boleh dipercayai.
2. Fahami patofisiologi penyakit. Doktor yang bagus biasanya akan dan mampu menerangkan secara ringkas untuk kefahaman anda. Mereka tidak akan memaksa anda untuk ambil ubat tanpa anda faham.
3. Ketahui fungsi/ indikasi SETIAP JENIS UBAT yang anda dapat. Fahami kaitan ubat dengan penyakit yang anda ada.
4. Anda boleh meminta preskripsi untuk membeli ubat di kedai farmasi. Untuk pengetahuan anda, harga ubat di kedai farmasi lebih murah berganda berbanding harga di klinik. Tambahan pula, di kedai farmasi, anda boleh mendapat maklumat dan nasihat tentang ubat-ubatan dengan lebih mendalam tanpa cas!.
Biasanya orang yang dispens/beri ubat kepada anda di klinik adalah orang biasa yang bukan mahir dalam ubat - lepasan SPM/ lepasan diploma bidang bukan farmasi! Sepatutnya ada semakan selepas doktor "prescribe" ubat, sebelum diberikan kepada pesakit. Itulah fungsi seorang ahli farmasi.
5. Jika anda faham tentang sakit anda, anda tidak perlu pun ke klinik. Boleh terus ke farmasi untuk membeli ubat. (Ubat tertentu memerlukan preskripsi . Jangan risau. Kalau ada kenalan doktor, minta mereka cop dan tandatangan sahaja. Preskripsi akan sah. hehe mudah saja nak dapatkan preskripsi).
Tapi...Ingat..Pastikan anda betul2 arif tentang keadaan dan penyakit anda. Khuatir salah ubat. Sebab tu kalau ahli farmasi ada bertanya soalan, bolehlah beri maklumat untuk mereka buat semakan.
6. Pengalaman saya, ada klinik yang jual ubat tidak berdaftar. Macam mana nak tahu? Ubat tersebut tiada nombor MAL & stiker hologram KKM. Jika anda menjumpai ubat sebegini, pastikan lapor terus kepada sistem online di SISPAA. Tindakan segera akan diambil oleh penguatkuasa bahagian farmasi.
7. Ubat yang diberikan oleh klinik wajib dilabel dengan nama ubat serta tarikh luput. Jika tiada, anda ada hak untuk tahu. Jika tidak dapat dipenuhi, pergilah ke klinik lain. Klinik itu tiada etika kerana mahu sorok nama ubat daripada anda. Kalau jadi apa2 masalah selepas makan ubat, apa yang anda boleh beritahu kepada doktor di tempat lain( doktor kerajaan) yang anda ada makan ubat warna sekian2? Ubat warna sekian2 ada beribu-ribu jenis tau. Rawatan anda akan jadi lambat dan mungkin menyebabkan kecacatan jika terlewat. haaa yang menanggung susah itu anda sendiri. Jadi fikir-fikirkanlah sendiri.
Itu sahaja bebelan kali ini. Saya sudah tidak tahan melihat sesetengah doktor swasta tidak beretika, dan yang menjadi mangsa adalah pesakit yang tidak reti apa-apa.
Berapa banyak kes liver dan buah pinggang dia rosak, tapi bila di tanya "Ubat apa cik makan sebelum ni?", jawapannya : " Ubat saiz besar, warna pink, bujur".
Aduhai...
"Cik, ubat ada puluh ribu jenis. Belum masuk lagi puluhan ribu ubat palsu. Mustahil untuk cari".
Ok, itu sahaja. Jumpa lagi lain kali. Jaane. Zai jian.
Comments