Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,
Disebabkan baju ni banyak betul iklan kat radio, jom kita kongsi sikit pasal baju Sabella ni.
TIPS PASAL BAJU SABELLA:
1. Baju Sabella biasanya kalau nak beli, mesti 2 pasang dengan harga RM150+. Baru dapat penghantaran percuma.
2. Jika ukur baju anda adalah saiz L, order lah saiz M. Hal ini kerana mereka buat baju jenis longgar dan jangan risau kerana kain ini jenis meregang /flexible.
3. Kena order cepat. Kalau tak, selalu cepat habis. Mungkin mereka buat stok sikit sahaja.
4. Selalunya penghantaran melalui DHL. DHL ni memang super lambat sebab depa kumpul satu tempat dulu baru hantar.
5. Tempoh masa nak dapat baju daripada tarikh bayar biasanya satu bulan.
6. Material kain dia jenis tak panas. Jadi selesa pakai. Disebabkan material dia jenis ni, orang yang gemuk kalau pakai, tak nampak gemuk sangat.
7. Kain dia walaupun kata tak payah gosok, tapi masih nampak kedut sikit bila basuh dengan mesin basuh. Jadi kena juga gosok sikit. Cuma lepas dah gosok, boleh lipat & dia tak berkedut. Jadi mudah nak dibawa kemana-mana dalam beg. Itu kelebihan baju ini.
8. Kalau guna baju ni masa bersenam, pastikan basuh &jemur kering betul-betul. Kalau tak, dia akan berbau. Mungkin sebab faktor material dia.
9. Kita pesan kat agen dia. Nanti HQ dia yang akan pos. Kadang walaupun janji ada freegift, tapi nanti tak dapat pun.
Ok Itu sahaja kali ini. Zai jian.
Comments
The latest status of your shipment shows that an electronic notification was received on March 21, 2021.
Kindly be informed that we have not yet received the parcel from your shipper. Once we receive your parcel from your shipper, we will dispatch it.
For further information, please contact your shipper.
We apologize for the inconvenience you experienced.
Best Regards,
Customer Service Team
Global Recipient Service
DHL Parcel & DHL eCommerce Solutions
Deutsche Post DHL –The Mail & Logistics Group
This message is confidential and may be legally privileged.
Please delete if received wrongly and inform sender if possible"
dah terkena, kononnya DHL yg lambat padahal sabella yg lembab.