Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,
Kali ini saya akan berkongsi tentang cara memohon penyata akaun bank bagi Bank Islam dan Tabung Haji dan juga cara melakukan pindahan wang yang berjumlah besar ke akaun Tabung Haji.
KENAPA PERLU POHON?
1. Untuk rujukan dan simpanan sendiri.
2. Untuk menyemak dan mengetahui keluar masuk duit supaya tidak terlebih berbelanja.
3. Menyemak jumlah yang perlu dibayar zakat.
CARA POHON PENYATA BANK ISLAM
1. Pergi kaunter dan bagi kad pengenalan untuk mereka semak dan cetak ID.
Inilah rupa dokumen yang dicetak. Perlu tandatangan dibawah sekali.
2. Ambil borang. Isi bahagian permohonan penyata dan nyatakan tahun yang diingini.
3. Tunggu giliran hingga dipanggil. Serahkan borang ini bersama cetakan ID tadi. Anda cuma perlu tunggu lebih kurang 5-10 minit dan pegawai bank tersebut akan cetak kepada anda.
Ini adalah contoh penyata yang dapat.
4. Bayaran tidak diminta tetapi saya percaya mereka terus menolak duit daripada akaun kita. Tetapi pegawai bank tersebut langsung tidak memberitahu tentang bayaran cas yang akan dikenakan.
CARA MEMOHON PENYATA AKAUN TABUNG HAJI
1. Ambil borang dikaunter utama.
2. Isi borang yang diperlukan.
3. Ambil nombor giliran.
4. Serah borang beserta kad pengenalan.
5. Pegawai bank akan mencetak penyata akaun dengan serta merta dan masa yang diambil lebih kurang 5 minit sahaja.
6. Cas bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM30 bagi 4 tahun cetakan yang saya minta.
Untuk makluman, sebenarnya kita juga boleh mencetak penyata akaun melalui bank lain (agen TH) tetapi transaksi terhad kepada 5 transaksi terkini sahaja. Ini adalah contoh cetakan daripada Bank Islam.
CARA MUDAH PINDAH WANG DARIPADA BANK ISLAM KE TABUNG HAJI
Saya sebelum ini hanya tahu cara untuk pindah hanyalah dengan ATM transfer atau cash bank-in. Tetapi cara ini agak susah kerana ada had limit tertentu. Walaubagaimanapun saya baru mengetahu, rupa-rupanya ada cara yang paling mudah iaitu :
1. Pergi ke kaunter
2. Ambil dua borang. Satu untuk pindahan daripada BIMB ke TH, dan satu lagi untuk deposit ke TH.
3. Ambil nombor giliran.
4. Serahkan kad pengenalan dan cetak ID.
5. Duit berjaya dimasukkan.
6. Anda boleh terus menyemak akaun.
Masa saya memberitahu ingin memindah sejumlah wang yang besar, pegawai bank itu bertanya "ada cadangan buat loan ke?" hihi
Barulah saya tahu, rupanya ramai yang buat teknik pindah wang ke akaun lain, kemudian buat loan. Ilmu baru~~
Ok, Itu sahaja kali ini. Jumpa lagi. Jaane~ Zai jian~
Comments