Resepi Gulai Kari Ikan

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa, 

Kali ini saya ingin berkongsi resepi Gulai atau Kari Ikan yang mudah tetapi sedap. Saya tinggal di Pulau Pinang dan sudah rasa pelbagai jenis gulai yang ada. Gulai di Penang tidak sama rasa dengan gulai2 di tempat lain.

Jengjeng...Ni dia rupa dia. Kepekatan kuah bergantung kepada cita rasa. Ni pekat sikit. hihi Kita ikut cita rasa suami la ya. Sedap juga buat cicah roti oooo...

Bahan Masakan Kuah :

1. Ikan .................................... (2 ekor) – garam kunyit dan goreng garing
2. Minyak masak .................... (1 senduk)
3. Bawang merah ................... (6 biji) – dihiris nipis & tumis garing
4. Bawang putih ..................... (5 biji) – dihiris nipis & tumis garing
5. Daun kari ............................ (10 helai) – ditumis
6. Halba ................................. (1 sudu besar)
7. Biji sawi ............................. (1 sudu besar)
8. Bawang besar .................... (1 biji) – dikisar 
9. Ketumbar ........................... ( ½ sudu teh) – dikisar
10.Jintan manis ...................... (1 sudu teh) – dikisar
11.Jintan putih ........................ ( ½ sudu teh) – dikisar
12.Cili boh ............................... (4 – 6 senduk)
13.Rempah kari ikan ............... (25 g / 3 sudu besar)
14.Air asam jawa 
15.Santan ............................... (100 ml)
16.Tomato .............................. (1 biji) – hiris besar
17.Bendi ................................. (12 biji)
18.Cabai merah & hijau .......... (2 biji)
19.Daun sup / daun bawang
20 Biji lada hitam (1/2 sudu teh) **pilihan


Cara Masakan Kuah : 

1. Tumis bahan (2 – 7) sehingga garing.
2. Masukkan bahan (8 – 13) dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan bahan (14 – 18) dan juga ikan dan masak sehingga mendidih.
4. Sedia untuk dihidang.

TIPS
1. Pastikan gulai tidak pecah minyak selepas dimasukkan santan. Perlu sentiasa 
kacau.
2. Lebih lama ikan itu menyerap kuah, lebih sedap rasa ikan tersebut.

Gulai sedap makan dengan telur dadar, dan sambal belacan.

Ni pulak sambal belacan buat sendiri. 
Guna blender kering saja. Tak perlu tumbuk guna alu lesung pun. haaa.... Tapi jangan lama sangat blend sebab nanti jadi cair. Potong dulu sebelum blend tau. 

Ok itu sahaja perkongsian kali ini.

Kena curi-curi masa taip sebelum pergi kerja. Sebab masa tu sahaja bertenaga dan semangat untuk menaip. hehe 

Hari ni ganti puasa. Minggu depan dah nak masuk bulan Rejab. Ramadhan dah nak dekat. Banyak lagi benda saya nak tulis, cuma masa tidak mengizinkan. Banyak benda nak dibuat. hihi

Jaane~ Sayounara~ Jumpa lagi ~

Comments