Assalamualaikum Ni Hao Konnichiwa,
Kali ini saya ingin menulis perkongsian pengalaman menggunakan perkhidmatan servis DHL. Saya tidaklah banyak kali menggunakan DHL, mungkin baru dalam 5 kali seumur hidup. Secara umum saya suka cara DHL antaranya :
1. Pemandu DHL yang mesra dan ramah.
2. Menelefon pelanggan bila sudah sampai destinasi.
3. Menghantar SMS memaklumkan penghantaran barang.
Cuma satu saja yang saya rasa agak pelik iaitu jika penghantaran barang daripada penjual di negeri sama, mereka akan ke HQ/Kuala Lumpur dahulu sebelum balik ke destinasi. Apa yang saya khuatir tentang perkara ini adalah barang berpindah banyak tempat.
Berikut saya sertakan screenshot daripada tracking Shopee untuk makluman. Ini kerana dipercayai ada pekerja DHL yang mungkin akan baca blog ini. Alangkah bagus kalau DHL memberi kenyataan rasmi tentang perkara berkenaan supaya jika betul apa yang diperkatakan, orang ramai tidak salah faham. (Ada pembaca yang komen di blog ini yang mendakwa dia pekerja HQ DHL dan kata tulisan saya memberi salah maklumat. Jadi ini sajalah saya nak tunjuk kenapa saya kata DHL lambat)
Contoh 1 : Muar - Melaka - KL - Penang
Ini sahaja yang paling cepat. Mungkin sebab daripada negeri lain. hihi
Contoh 2 : Penang - KL - Penang
Contoh 3 : Penang - KL - Penang
Jadi kalau anda tidak kisah penghantaran mengambil sedikit masa, gunalah DHL. 😎 Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.
Cuma saya biasa juga pakai Pos Laju, Ninjavan, dan J&T, biasa bila kita pos hari ini sebelum waktu ditetapkan (contoh sebelum 3pm), barang dijamin akan sampai keesokan hari. Tetapi bukan 100% akan pasti sampai macam ini juga. "Outlier" / Kadang-kadang akan ada juga. hihi Maklumlah, kita kan manusia.
Just dont worry, pray to Allah. Tulisan ini hanya secebis perkongsian pengalaman. 😉
Itu sahaja. Zai jian. Jaane.
Comments