Tinted / Pelapis Cermin Kenderaan di Breyton Window Tint Shop

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Saya ingin berkongsi tinted cermin di Pulau Pinang. Baru-baru ini saya membantu untuk tinted cermin kenderaan lama. 

JENIS TINTED

Ada pelbagai jenis yang berbeza kualiti dan harga. Berdasarkan kajian, paling mahal adalah V-Cool > 3M > Huper Optik > Agard dan lain-lain.

Harga berbeza mengikut peratus tapisan infrared radiasi (IR) dan ultraviolet ray (UV). Biasanya yang mahal-mahal tapis hampir 99% UV. 

Bagi menjadikan tinted tersebut berfungsi sebagai penebat haba, peratusan tapisan perlu tinggi. Jika sekadar gelap tidak akan menjamin tidak panas. Jadi jika kita ambil yang berjenama, filem berkenaan telah dibuat kajian dan terbukti mampu menebat haba. 

TINTED NISSAN VANETTE C22.

Saya risau jika tiada kedai mahu membuat van ini kerana kenderaan lama berpuluh tahun. Ini kerana penuh debu dan habuk. hihi Tetapi van ini sentiasa dicuci dan servis, jadi keadaan van ini adalah bagus. Van ini dijaga oleh ibu bapa penulis. 

Berikut saya akan lampirkan van berkenaan.

Jengjeng. Nampak sporty, dan sempoi. Belakang gelap sikit tapi depan ikut spesifikasi JPJ tau.

Kena cas RM600. Masa diambil lebih kurang 4 jam. Daripada 10.30 pagi hinggi 2.30 petang. Pendingin hawa kat situ mereka buka perlahan. Panas.

Waranti 5 tahun tau. 2 minggu tak boleh buka tingkap. 30 hari tak boleh cuci cermin.

Ni maklumat mereka di Google. Pekerja mereka juga baik. Saya pergi sini sebab kawan saya cadangkan kerana dia pelanggan setia di sini.

Pandangan dalam walaupun waktu tengahari dan tinted gelap. Kita mampu lihat diluar tetapi orang luar tak berapa nampak di dalam.

Ini lah rupa dalaman van. Klasik. 

Seronok bawa van. Manual. Tapi peluh-peluh macam tengah ujian JPJ rasa. haha


Itu sahaja pada kali ini. Jumpa lagi. Jaane. Zai jian.

Comments