Assalamualaikim Ni hao Konnichiwa,
Kali ini saya ingin berkongsi tentang pemasangan pendingin hawa jenama Panasonic CS-U10VKH. Alhamdulillah setelah sekian lama survey, akhirnya berjaya beli. hehe
Beli di Harvey Norman. RM 1,659.00 Satu kuasa kuda. Biasa saya suka beli di Ban Hin Bee tetapi hari tu bila tengok harga, mereka punya lebih RM2,000+. Kebanyakan semua harga elektrik di BHB naik hampir 200-500.
Di Harvey Norman, penjual di promosi jenama Mitsubishi. Katanya lebih murah tetapi kualiti lebih dan boleh dibuka bahagian hadapan untuk mudah cuci. Tapi sebab tak pernah tengok orang guna dan tak tahu after-sales servis, tak berani nak mencuba. Maklum lah, benda mahal. hihi
Orang Harvey Norman terus buat janjitemu untuk pemasangan. Harga upah pasang RM250. Tak kira inverter atau non inverter dan berapa horse power. Yang diambil kira ialah berapa meter jauh kena pasang. Maxima 10meter. Jika lebih, kos tambahan dikenakan.
Masa diambil bagi pemasangan lebih kurang 1jam 30min. Sangat laju dan cekap. Nampak dia sangat mahir. Kemas hasil dia buat.
Ok ini rupa terkini alat kawalan pendingin hawa tersebut. Lebih besar tetapi nipis dan cantik. Pakai dua bateri kecil.
Suhu dia berubah dalam kiraan 0.5 degree celcius. Biasanya 1.0 degree.
Ini rupa pendingin hawa tersebut. Ada setting Econavi, NanoE, IXauto, Quiet, Sleep.
Outdoor unit diletakkan betul2 diluar balkoni dan boleh kedengaran sedikit bunyi tetapi tidak mengganggu tidur lah. Indoor unit juga ada bunyi tetapi jika dipilih setting Quiet, agak senyap jugalah. Tapi masih ada sedikit bunyi.
Berdasar penggunaan selepas satu malam pada suhu 25 degree celcius, suhu nyaman, selesa, dan sedikit sejuk. Saiz bilik lebih kurang 12 × 14. Boleh rujuk di laman web aircond bagi mengetahui kekuatan horse untuk beli aircond.
Itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi.
Comments