Resepi : Tauhu Bergedil Goreng - Mudah Cepat Sedap

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa 

 

Kali ini akan berkongsi resepi tauhu bergedil. Sedap. Leceh sikit nak buat sebab banyak langkah tapi puas hati jika buat banyak.

 

Jengjeng.. Panas panas lepas goreng.

BAHAN - BAHAN :

  1. Daun sup
  2. Daun bawang
  3. Bawang
  4. Isi ayam
  5. Kentang
  6. Garam
  7. Gula
  8. Tauhu
  9. Telur
  10. Lada sulah
  11. Lada hitam

Hiris kecil-kecil daun sup, daun bawang, bawang,dan isi ayam.

Rebus hingga lembut. Buang kulit dan lecekkan hingga lumat. TIPS : Guna alat pengisar untuk lebih halus hasilnya.

Potong empat tauhu dan goreng hingga garing semua diluarnya.

Masak isi ayam dengan bawang

Masukkan daun yang dihiris tadi.

Lada sulah dan lada hitam.

Tebuk guna gunting / pisau dan korek keluar isi tauhu. Campurkan dengan bahan inti yang dimasak tadi.

Bahan inti yang sudah dicampur dengan isi tauhu. Pastikan kering.

Sumbat isi kedalam tauhu dan celup dengan telur. Kemudian goreng. Sedia untuk dimakan!

Ini sambal kicap. Pedas dan manis baru sedap. Bahan : Bawang putih, gula, garam, kicap, dan cili api.

 
Ok, itu sahaja kali ini. Tak berapa ada mood untuk menulis panjang-panjang. hihi Jumpa lagi.. Jaane~ Zai jian~


Comments