Tips Bawa Kereta Seperti Profesional atau Formula One

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi tentang pemanduan kenderaan iaitu kereta seperti seorang profesional. Cara dia sangat mudah. Hihi

Ok saya ingin bercerita pengalaman bagaimana saya menjadi pemandu kereta yang pro...bagi chance la kita 'self-claimed'. 

Saya ambil lesen memandu semasa habis matrikulasi. Tak silap dalam umur 19 tahun. Kena ulang ujian naik bukit 2x masa ujian JPJ. Guna kereta manual tau.

Masa latihan dijalan raya, biasanya cikgu ajar kena angkat handbrake bila berhenti. Kena pandai tekan minyak sambil lepas clutch perlahan-lahan dan turunkan handbrake.

Tapi nak tahu cerita menarik? Saya kata cara tu susah & saya tak guna handbrake . hihihi Lebih mudah tekan brake kaki & terus tekan minyak. Awal-awal memang berundur sikit tapi lepas tu tiada masalah. haaa... Cikgu kata "amboi, buat macam pro..."

Kat rumah saya pulak semua kereta manual. Vanette dan Kangoo Renault. Haaa... Peluh2 berdebar macam tengah ujian JPJ setiap kali bawa tau. Lepas bawa dua2 kenderaan tu, mesti rasa letih yang amat. Macam baru lepas bersenam.

APA PERASAAN BAWA VANETTE C22

Masa lepas saja dapat lesen, memang suka bawa vanette. Walaupun tak dak power steering, tapi kepuasan tu ada. Sebab besar, tinggi, dan orang takut (orang akan beri laluan) bila kita 'himpit' depa. hihi Jangan tiru aksi yang tak selamat tau. Untuk pengetahuan,tiada power steering ni akan menyebabkan sangat2 berat nak pusing steering terutama bila nak buat u-turn atau 3pointer.

Pernah sekali masa nak masuk parking di satu pasaraya, kan ada tiang tinggi. Tiang tu warna putih saja. Jadi saya pemandu amatur masa tu. Terlanggar tiang ditepi bila cuba nak keluar daripada reverse parking. Fuh rasa van senget. Nasib baik tak terbalik. 

APA PULAK PERASAAN BAWA RENAULT KANGOO

Saya punya ketinggian cuma 157cm. Kangoo ni buatan luar negara. Jadi dengan tinggi saya tu, kaki tak berapa sampai nak tekan clutch. Selalu tekan clutch tak habis, jadi tak boleh tukar gear. Pastu terus panik. lol~ Sebab design kereta ni untuk orang putih yang tinggi-tinggi. Kelainan gear kangoo ialah dia senget sikit. Jadi bila nak tukar gear 5, selalu tersilap masuk gear 3. Nak tukar gear 4, termasuk gear 2. 

Lain-lain memang best bawa. Rasa lancar. Senang pusing stereng dia. Tapi untuk servis, bukan semua kedai boleh buat. Sebab skru depa special sikit.

PENGALAMAN PERTAMA MEMANDU SELEPAS DAPAT LESEN

Mula mula bawa kenderaan, perasaan rasa takut. Sebab semua benda bergerak, tak tahu nak fokus kat mana.

 Paling takut kat round about. Sebab kiri kanan kena tengok. 

Kedua paling takut masa berhenti trafik light kat atas bukit. Sebab masa ni paling kalut kena guna tangan dua-dua, kaki dua-dua. haha 

Pernah tu masa bawa, nak kejar trafik light di simpang empat. Lepas dah kona, nak tekan pedal minyak la kan. Tapi p tekan break sampai kereta belakang yang ikut break mengejut sebab tiba-tiba tekan break. Saya pun terkejut masa tu kenapa van tiba2 tak gerak laju. Rupanya tertekan break. hihi

Pastu pengalaman bawa Kangoo pulak, kalau kalut angkat pedal minyak laju, enjin terus mati. hihi Banyak kali jadi.

KESIMPULAN BAWA KERETA MANUAL

Sebenarnya kita akan jadi lebih cekap nak kawal kereta. Kita akan bawa lebih berhemah. Susah nak pecut dan asyik tekan break.

PERTAMA KALI BAWA KERETA AUTO

Masa tu tengah belajar kat universiti. Sebab selalu terlibat program, jadi makcik pakcik selalu bagi pinjam kereta. Kawan-kawan pun ada bawa kereta dan bagi pinjam. Walaupun dalam hati memang takut kecut perut nak bawa, tapi pretend tak takut. haha Jadi bila bawa, memang agak teruk la. Tak pernah ada pengalaman bawa auto. 

Dah pulak, bawa laju. Stereng ringan. Sampai nak naik atas divider jalan. aaddudu~ Kawan yang naik sekali pun rasa takut. hihi Sorry kawan-kawan. Darah muda masa tu. Tapi saya tak putus asa. Terus bawa. Masa pandu sorang sorang,  memang main minyak, bawa sesuka hati. Cuba pelbagai gaya. 

Pastu yang perasan, mak pun tak berapa yakin anak-anak dia bawa. Tapi ayah bagi saja. Pernah bawa kat highway daripada Penang ke Kuantan. Pernah juga terlajak silap masuk kona ke Terengganu. Sebab tak reti baca signboare.hihi

Dulu-dulu rasa tak suka bila kena pandu kereta. Sebab takut. Tapi buat-buat suka juga. Sebab kena tolong ibubapa kan. 

TIPS masuk ke simpang tiga, kena tiru cara bas buat. Depa jalan sikit-sikit sampai jalan sempit, jadi kereta lain akan bawa slow. Jadi boleh la masuk. hihi Tapi kena berhati-hati tau. 

TAK PERNAH MENGANTUK MASA MEMANDU

Masa bawa kereta manualni, tak pernah rasa mengantuk semasa memandu. Tak kira la walau tak cukup tidur teruk sekali pun, takkan mengantuk tau.

TANPA KU SEDAR

Selepas pelbagai jenis keadaan dan cara yang dibawa, tiba2 rasa seronok bawa kereta. Rasa yakin. Sebenarnya, penting rasa yakin dalam pemanduan. 

Pastu bila bawa, biasanya saya akan sentiasa beringat yang "what if kenderaan depan tiba2 brek atau what if ada motosikal tiba-tiba mencelah." Jadi ini sangat penting untuk keselamatan. 

Bila bawa kereta auto, lebih rilek, senang. Kadang pernah tertidur sebab terlampau mengantuk. Nasib baik jalan raya lurus. Dah la bawa kelajuan lebih 100kmJ tau.

JADI, SAYA SIMPULKAN TIPS BAWA PROFESSIONAL :

1. Yakin diri
2. Bawa ikut peraturan.
3. Biasakan diri bawa kereta manual. Bawa sampai cekap.
4. Biasakan diri bawa di pemanduan yang jauh dan pelbagai cabaran.
5. Kena sentiasa ingat "what if..."
6. Boleh membaca cara pemanduan orang lain dan cepat-cepat bagi signal atau hon jika perlu.
7. Kena enjoy bawa.

Jadi sekarang ini, bagilah kereta apa pun, saya yakin untuk bawa. Hari itu pernah bawa Exora yang besar ditengah malam yang gelap, tiada lampu jalan & hujan sangat lebat. Pertama kali bawa Exora pulak tu. Dengan lampu depan lupa buka. hahaha Alhamdulillah nasib baik Allah masih jaga.

Sekarang ni, memang rasa best bila boleh drift laju-laju. Rasa seronok. hihi Enjoy bawa. Tapi biasa la juga beberapa kali break mengejut sebab hilang fokus. adeh~

Ok itu sahaja kali ini. Nanti saya akan kongsi pengalaman dan kepakaran yang saya ada. 

Comments

bella said…
info tebaik, tq share