Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,
Saja nak bebel sambil kongsi sambil meluahkan apa yang terbuku dihati.
Semakin bertambah umur, semakin banyak berfikir tentang soal hidup dan mati. Kena tahu, seiring pertambahan usia tidak menjadi bertambah kematangan dan pengalaman. Ada orang, walaupun sudah berumur, tetapi sikap seperti kanak-kanak yang berfikiran pendek. Apa yang menjadikan seseorang itu bertambah matang adalah apabila dia sentiasa belajar, terus belajar daripada kesilapan, ketidak tahuan, serta mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku.
Walaubagaimanapun, tiada yang kekal abadi di dunia ini.
Umur sentiasa bertambah.
Kesihatan semakin merosot.
Emosi semakin penat.
Pemakanan tidak seimbang.
Masa tidur tidak teratur.
Riadah tidak dikisahkan.
Kehidupan sekarang terlalu mengejar keduniaan sehingga badan dan mental tenat!
Masa masih budak-budak, pengalaman tak banyak, duit tak ada. Yang banyak adalah tenaga dan masa.
Masa dewasa, duit banyak, pengalaman banyak. Tapi masa tak banyak. Lima hari seminggu kena pergi kerja cari rezeki. 8 pagi hingga 5 petang. Sabtu & Ahad lebih kepada berehat. Menyelesaikan tugasan rumah. Pergi pasar. Kemas rumah. Gosok baju. Makin lama bekerja, semakin mudah untuk menyelesaikan apa-apa tugasan kerana semakin berpengalaman. Lama kelamaan, kerja dirasakan bosan jika minat sudah hilang atau menjadi rutin.
Nanti bila tua, duit mungkin banyak, masa akan banyak tetapi tenaga tiada. Kesihatan tiada. Penyakit mula menghinggap.
Paling lama, mungkin hingga 150 tahun. Tetapi masa itu, badan sudah terlalu lemah. Banyak tidak dapat dilakukan sendiri. Semuanya memerlukan bantuan orang lain.
........................
Apa yang ingin dibawa pada hari Kiamat nanti dihadapan Allah yang Maha Esa?
Amalan apa yang ingin kita ceritakan kepada Allah yang kita banggakan untuk mendapat ganjaran masuk ke Syurga Firdaus, syurga paling tinggi disisi Allah?
...............................
Kalau diperhatikan, ada pelbagai jenis manusia diatas bumi ini.
Ada yang mementingkan diri sendiri dan sanggup menfitnah serta memburukkan sahabat sendiri demi mendapat jawatan serta pujian daripada bos atau pihak atasan.
Ada yang hanya sibuk dengan masalah diri sendiri mengejar kemewahan dunia sehingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling yang terjadi.
Ada yang hanya suka berkata-kata, mengeji, dan mengumpat segala perkara yang dibuat oleh orang lain walaupun perkara itu benar dan tidak salah.
Namun, disebalik sikap manusia yang banyak negatif, masih ramai yang sanggup bersusah payah untuk orang lain demi mengejar ganjaran pahala akhirat.
Kadang ada yang tidak dapat menerima hakikat apabila terdapat manusia yang sanggup membantu dan menyusahkan diri sendiri walaupun tidak mendapat sebarang balasan atau pujian. Malah mungkin hanya mendapat celaan!
Ada manusia, walaupun telah diperlakukan dengan jahat sekali orang musuh, tetapi masih membuat kebaikan kepada musuh terbabit.
Ada manusia, walaupun seseorang itu tahu dia tidak dapat memberi sebarang kebaikan, namun dia tetapi membantu walau dikecam.
Dunia memerlukan insan yang berhati mulia begini.
Dunia semakin penat.
Manusia semakin hilang arah tuju.
Allah, tunjukilah kami semua ke jalan yang lurus.
Kami semua insan yang lemah.
Dunia ini tidak lain adalah suatu perjalanan yang sentiasa bergerak tanpa henti walau sesaat.
Kita sedang menaiki kenderaan bernama "Dunia" untuk menuju ke destinasi "Akhirat".
Cukupkah bekal yang ingin dibawa?
Adakah bersedia?
Tak perlu menilai bekal orang lain. Lihatlah kepada diri sendiri.
Cerita ini adalah antara kita dan Tuhan.
Kita boleh berbohong dan menipu manusia, tetapi tidak kepada Tuhan.
Tuhan sentiasa ada memerhatikan kita setiap detik.
Mintalah kepada Tuhan.
Emosi juga adalah sebahagian kurniaan Tuhan untuk manusia.
Gunalah setiap apa yang ada disekeliling kita sebagai alat penghubung kepada Tuhan.
Kesusahan di dunia ini adalah sementara.
Semoga kita semua berjumpa dan berkumpul di dalam Syurga Firdaus yang diidam-idamkan.
Comments