Tips Kulit Cantik Secara Semulajadi Tanpa Mary Jardin atau Mary Kay

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Tajuk kali ini saja buat bagi gempak sikit. Penjual Mary Kay & Mary Jardin jangan sentap ya. Ini pengalaman peribadi untuk masa ini. Masa depan mungkin berubah pendirian. hihi

Saya adalah orang yang langsung tidak memakai sebarang benda di muka daripada kecil. Cuma bila sudah bekerja saja baru mula pakai. 

Senang saja nak jaga kulit muka. Mudah. Tak perlu luangkan masa begitu banyak. Baca sampai bawah untuk tahu. Yeah~

Untuk makluman, dulu-dulu saya jenis selalu selsema. Kalau orang Melayu selalu panggil resdung. Jadi kalau sapa perasan, biasanya akan naik biji-biji kecik kat muka. Itu biasa lah.

Daripada sekolah menengah sampai la masuk matrikulasi umur 19 tahun, memang teruklah keadaan muka. Dengan muka sangat berminyak, tak pakai apa-apa pencuci muka atau pun bedak . Foundation jauh sekali. Lagipun, muka saya kalau kena bedak sikit, terus senang naik jerawat. 

Masa dulu-dulu, ada belajar tentang kepentingan Vitamin A & C untuk kulit. Tapi tak berapa ambil berat. Cuma bila masuk universiti, baru belajar lebih mendalam. Rupanya rawatan untuk jerawat batu adalah dos tinggi vitamin A. Dos itu terlalu tinggi sehinggakan mereka yang mengambil ubat itu tidak boleh mengandung dalam masa 6 bulan selepas tamat makan ubat itu. Ini disebabkan kesan teratogenik ubat ke atas kandungan. 

Jadi selepas mendapat kesedaran, saya pun setiap hari amalkan sebiji buah jambu batu yang besar. Minum air carrot susu setiap hari. Amalkan setiap hari dan hampir setahun. Alhamdulillah,  memang menampakkan hasil dan jerawat hilang.  

NAK TAHU APA YANG LAGI BEST?

Best bila kesan-kesan parut jerawat yang lama pun hilang. Semua parut hilang. Jadi natural. Kulit muka yang berminyak pun sudah stabil. Tak perlu pun guna adapalene atau Mary Kay atau Mary Jardin untuk tutup kelemahan muka. Senang tau. Penjual MK &MJ jangan marah ya. Ni testimoni saya. Saya suka natural. Saya lebih suka baiki melalui dalaman berbanding penggunaan bahan topikal saja. 

Biasanya bahan topikal yang perlu disapu kerap dikulit, perlu dipakai sehingga selamanya. Ini amat menyusahkan bagi saya. 

JADI SAYA RINGKASKAN TIPS PERLU DIAMALKAN UNTUK KULIT MUKA CANTIK TANPA MK&MJ:

1. Buah Jambu batu setiap hari. 
Pastikan jaga gigi kerana asid ni nanti boleh menyebabkan rosak gigi. Buah jambu ni banyak vitamin C. Tapi ini tidak sama dengan makan suplement vitamin C ya sebab suplemen cuma ada vitamin C sahaja. Badan kita perlukan pelbagai jenis mineral sedikit tetapi kerap.

Kalau tak jumpa buah jambu, boleh ganti dengan buah kiwi, buah oren. Sebab kedua-dua ini paling tinggi vitamin C. Buah-buahan lain kurang sikit.

2. Pencuci muka pakai jenis paling 'mild'. Cari yang paling kurang bahan aditif yang pelik-pelik. Yang penting sekali yang sesuai dengan muka. Kalau muka memang jenis berminyak, jangan guna pencuci muka yang mengeringkan terus minyak. Sebab minyak muka penting untuk keanjalan dan kemudaan kulit. Biasa kalau selalu kering, kulit muka nampak tua. 

3. Jangan sentuh muka tanpa basuh tangan cuci-cuci. Ini sebab tangan banyak bakteria. Kalau sentuh  muka, muka kita ini ibarat macam tanah yang subur dengan baja. Bakteria mampu hidup subur, jadi jerawat pun naik lah dengan gembira. hihi

4. Kalau rasa muka minyak sangat, jangan pakai lebih 3x sehari pencuci muka. Lap dengan tisu. Kemudian basuh muka dengan air lepas dah lap. Sebab tisu itu kita tak jamin bebas bakteria & habuk. Jika ada habuk, ia akan menutup liang pori muka.

5. Belajar tentang kulit dengan lebih mendalam. Bila kita faham fisiologi kulit, insyallah kita mampu menjaga dengan betul.

6. Paling penting sekali, kena disiplin dan rajin. Tiada kejayaan tanpa penat lelah tau. Susah sikit saja. Harga makan buah-buahan berganda lebih murah daripada alat pencuci& kecantikan muka. 

Berita gembira ialah, walaupun orang kata picit jerawat akan menyebabkan jadi parut, tapi kalau anda selalu amalkan pemakanan buah-buahan macam saya bagitau, insyallah parut memang tak ada. Parut lama pun boleh hilang. Kulit di satu badan pun akan jadi cantik & lembut. Siapa tak mahukan? 


Ok, itu sahaja perkongsian kali ini.

Comments