Vaksin Sinovac Dengan Coronavac Ni Sama Ka?

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi tentang vaksin Sinovac / Coronavac. Biasanya soalan orang suka tanya, sama kah?

Kalau ramai orang selalu tanya, vaksin Sinovac atau Pfizer atau Astrazeneca? Tak ada orang tanya dapat Coronavac ke?

Ok  saya akan bagi gambar.

Kotak sinovac ada 3 jenis. 2 jenis import daripada China. 1 lagi repack daripada Pharmaniaga. Sekotak ada 40 vial.
Label tepi 1

Label tepi 2.
Minima jarak dos pertama dan kedua ialah 2  minggu kalau ikut di kotak ini. Tapi bagi Malaysia, mereka buat standard 3 minggu.
Ni ha kotak banyak-banyak lepas guna. Kalau masuk top loading fridge yang warna biru, biasa boleh muat sehingga 80 kotak sinovac. 
Ini pula kad vaksin. Kad dia ni besar lebih besar daripada kad pengenalan. Ada orang potong bagi kecik supaya senang simpan dalam dompet. 
Ini pulak bahagian belakang vaksin.

Kad vaksin jangan bagi hilang tau. Nanti depa tak bagi dah yang baru. Pastikan bawa bagi dos ke 2 untuk mereka kemaskini bagi maklumat dos kedua. 

Tapi kalau memang hilang, kad vaksin baru tidak akan diberikan.

Antara soalan popular yang orang suka tanya di Pusat Pemberian Vaksin:

1. Saya dapat vaksin apa? Kenapa tak ada tulis Sinovac di kad vaksin?

Sama tuan puan. Satu nama manufacturer satu nama brand. Jadi ikutlah anda nak sebut nama mana satu.

2. Tengok kat tarikh luput ubat. Kemudian tanya nanti lepas dah habis tarikh luput, kena cucuk lagi ka? 

Tak perlu tuan puan. Soalan tu seolah, contoh anda makan roti gardenia yang expired 20 Ogos. Kemudian lepas 20 Ogos, maksudnya kena makan lagi sekali ke?  Tidak tuan puan. Tak penting tarikh luput tu. Tarikh luput penting kalau anda nak semak tarikh anda dapat tu, vaksin tu dah luput ke tak.

3. Lepas terima vaksin, kena pantang tak?

Tak perlu pantang apa2. Teruskan hidup macam biasa. 

4. Lepas terima vaksin, boleh mandi tak?

Boleh tuan puan. Kalau tak mandi, nanti busuk pulak.

5. Kenapa cucuk vaksin tak rasa sakit? Ubat tak masuk ke?

Tidak tuan puan. Sakit atau tidak itu bukan petanda ubat masuk. Untuk yakin, anda patut tengok misi cucuk di bahu. Bukan buat sangkaan.

6. Saya nak Pfizer, tak mau Sinovac sebab sinovac tak bagus macam Pfizer. 

Kerajaan beli, pusat vaksin terima. Stok apa yang ada, mereka bagi. Kalau tak bagus, kerajaan pun tak beli. Sebab kita nak capai herd immunity, kalau ada vaksin tak bagus, maksudnya tak jadi, nanti tak capai la herd immunity. Semua ubat yang digunakan di KKM hanya boleh digunapakai selepas dapat kelulusan NPRA. 

Jadi, vaksin apa yang ada, terima cepat-cepat. Nanti kita tak tahu bila kita kena jangkitan. 

Risiko severity jangkitan selepas terima vaksin berbanding tak terima tu tinggi. Memang vaksin covid ni terus diguna tanpa melalui macam ubat-ubat lain, tapi kerena virus Covid ini mengancam nyawa, maka kita usaha mana yang mampu. Usaha kemudian tawakkal.

7. Saya nak tahu tentang sijil lot release vaksin. Saya punya nombor berapa.

Ini advance punya penerima vaksin. Kalau nak tahu, telefon NPRA lah ya. Mereka lebih arif. Bukan tanya di Pusat Vaksin.

8. Kenapa giliran  anak saya lambat? Tempat lain umur anak saya dah dapat.

Kena tanya pihak mySejahtera. Mereka yang masukkan nama dalam sistem. Pusat Vaksin cuma cucuk ikut senarai nama. Kalau banyak mereka masukkan, cepatlah yang muda dapat giliran.

9. Saya dah dapat vaksin tapi tak dapat kad.

Itu sebab anda terus balik lepas dah cucuk. Semua pusat pemberian vaksin akan bagi kad bagi Dos Pertama. Kalau anda terus balik, memang tak ada kad lah. Kalau datang untuk Dos Kedua dan baru bagitahu tak dapat kad, memang takkan dapat. 

KESAN SAMPINGAN VAKSIN SINOVAC

Jarang bagi vaksin Sinovac berbanding Pfizer. Pfizer lebih banyak dilaporkan kesan sampingan berbanding Sinovac. Tetapi untuk mengatakan disebabkan Pfizer lebih berkesan itu kurang tepat sebab dua-dua vaksin ni pun dalam kajian.

Itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi. Zai jian. Jaane~

Comments