Resepi Air Lobak Merah Untuk Kulit Yang Cantik

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya nak berkongsi cara buat air karot atau lobak merah. Sangat senang dan sedap. Eh, Kenapa perlu minum air karot? 
Sebab : Tinggi kandungan vitamin A. 

Kalau nak tahu, ubat jerawat jeragat yang nama isotretinoin tu, sebenarnya adalah high dose vitamin A. Tapi kena hati-hati sebab isotretinoin ni teratogenic. Kalau nak makan, kena jumpa pakar dulu. Harga ubat ni mahal tau. Jadi lebih baik makan air karot yang teramatlah murah. Lagipun kesan makan ubat dan minum yang natural tak sama. Kandungan zat dalam karot lagi pelbagai. Badan kita perlukan pelbagai jenis zat.

Vitamin A penting untuk stabilkan keadaan kulit kalau terlalu berminyak atau terlalu kering. 

Kalau ada jerawat, nanti dia akan surut.
Kalau ada parut, nanti parut akan hilang.

Boleh google tengok kelebihan vitamin A. Ada banyak lagi fungsi dia.

CARA PENYEDIAAN :

1) Lobak merah - 2 batang
2) Air masak - 1 jug
3) Susu tepung Fernleaf - 7 sudu besar
4) Gula - 1 sudu besar
Kisar bahan 1 & 2 dan tapis buang hampas. Kemudian baru campur bahan 3 & 4.  Kalau boleh minum tanpa campuran susu lagi bagus. Cuma nanti biasa ada sedikit bau macam tanah.
Kalau buat banyak, simpan dalam peti ais. Disarankan habiskan air tersebut maksima dalam masa 3 hari. Kalau tak, takut basi. 

Sukatan untuk mereka yang memang ada jerawat, disyorkan minum sebatang satu bagi setiap 2 hari.

Kalau malas sangat, beli kat kedai la ya. Tapi jangan lupa minta kurang manis~ Nak cantik dan sihat, kena rajin sikit tau..
Itu sahaja kali ini. Selamat mencuba!

Jaane~ Zai jian~

Comments