Resepi Jus Bunga Roselle

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya nak perkenalkan jus roselle. Pokok ini paling senang tumbuh bila ditanam. Bila letak baja yang cukup, daun dia besar. Memang bunga tak berhenti. Tiap-tiap minggu boleh minum jus roselle. 

Kalau nak beli kat kedai, biasanya susah nak jumpa. Hari tu pernah terjumpa dijual di Tesco. Kalau di pasar basah, setahun tu ada la dalam dua kali saja. Mungkin tak ramai orang suka..? 

Ni dia gambar bunga roselle. Banyak kan?
Cara buat jus ini sangat mudah. Tapi kena berhati-hati sebab ada duri halus.

Ini benda yang ada dalam bunga dia. Kita cuma ambil kelopak sahaja. Biji tengah buang. Dalam itu ada biji benih. Boleh simpan sampai kering, lepas tu boleh tanam. Daun pokok ini lambat kering walaupun dah petik beberapa hari.
Basuh dulu kelopak bunga. Lepas tu masukkan dalam pengisar bersama air masak dan gula sebanyak 7 sudu besar. Kuantiti gula itu bergantung kepada sebanyak mana anda guna roselle sebab rasa roselle ini masam.
Kisar sehingga hancur begini. Nampak tak warna merah menyala. hihi Nanti kena tapis tau.

Jengjeng. Ini dia air roselle yang dah siap dalam jug. Biasa saya buat satu jug. Banyak khasiat air roselle ni.
Selamat mencuba! Sesiapa yang nak benih roselle, boleh PM. Kalau masih ada benih la. 

Itu sahaja kali ini. Jumpa lagi. Zai jian. Jaane~

Comments