Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa
Semua orang yang menaiki motosikal rasanya mungkin pernah pengalaman tertinggal kunci dalam kotak simpanan samada di belakang atau di bawah tempat duduk. Motosikal jenis Honda Wave, Honda Future dan beberapa model lain mempunyai tempat simpanan barang dibawah tempat duduk.
Tempat simpanan bawah moto ni mudah diseluk. Saya tak tahu pun sebelum ini. Geng moto yang lalu disekitar masa tu yang cerita. Pengecualian jika anda simpan barang dalam beg & beg tersebut diletakkan dalam helmet sebelum disimpan dibawah tempat duduk. Haaa.. Kalau macam ni, memang takkan berjaya nak seluk ambil barang kecuali dirosakkan tempat duduk tu.
Suatu hari, berlaku kejadian tertinggal kunci bawah tempat duduk. Maka gelabahlah jadi sebab kunci rumah pun dalam beg tersebut.
Yang nak jadi ceritanya, kunci spare untuk rumah & motosikal pun dalam rumah juga. Jadi samada cuba juga buka tempat duduk motosikal atau pecah masuk kunci rumah.
Panggil tukang kunci untuk tolong buka. Ingatkan sekejap ja dapat buat. Dekat 1 jam juga tunggu & masa tu pun dah gelap maghrib. Dia guna alat master key macam ala-ala zaman purba ja tengok. hihi Tiba-tiba tukang kunci tanya : "Rumah kat mana?". Pintu rumah jenis tekan-tekan ya?
Ni dia jenis tekan-tekan. Kebiasaan pintu rumah macam ni.
Tukang kunci kata lebih mudah buka pintu rumah daripada buka kunci Honda Wave baru. Sebab katanya kuncinya lebih panjang daripada biasa. Mungkin ini salah satu ciri keselamatan susah untuk dicuri.
Ha, ni dia perbandingan kunci motosikal lama & kunci motosikal baru. Jauh ketara beza. Dulu-dulu selalu fikir, kenapa kunci baru ini panjang yang amat, jadi susah nk simpan dalam beg.
Jadi tukang kunci berjaya buka pintu rumah tak sampai 5 minit pun tau. Cuma untuk pad lock, dia guna mesin potong, jadi agak bising la sikit.
Jadi pesanan untuk penunggang motosikal, hati-hati bila nak tutup tempat simpanan. Cek kunci dulu tau.
Kos buka kunci kena cas RM100. Tak sempat nak survey ka apa sebab terpaksa buka segera pasal masa tu dah maghrib. Lagipun kedai kunci tutup jam 8.00 malam. Esoknya nak pergi kerja. Nasib baik kejadian berlaku jam 530pm, kedai masih buka.
Jadi lepas tengok cara tukang kunci buka pintu rumah yang amat senang, baru la faham kenapa ada orang pasang selak pintu rumah. hehe Cuma dari segi keselamatan jika berlaku kebakaran atau apa-apa kes yang perlu orang masuk rumah, memang susahla nak masuk nanti.
Btw, nanti bila ada masa, nak tulis 'Gratitude Journal'.
Okla, itu sahaja perkongsian kali ini. Jumpa lagi. Jaane~ Zai jian~
Comments