Review : ATV Pantai Esen & Kg Perlis Balik Pulau

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya akan buat ulasan ATV di Pulau Pinang. Ada dua tempat ATV untuk dicuba. ATV adalah singkatan untuk "All Terrain Vehicle". Harga ATV berbeza mengikut CC.

Ini dia rupa ATV. Cara pemanduan dia memang kena yakin diri dan berani. Sebab asyik melambung dan terlepas tangan bila bawa laju. Kena hati-hati tangan kiri sebab nanti tertekan butang merah, nanti enjin mati. 
Tempat ATV boleh dicuba ada dua tempat. Saya ringkaskan ulasan terus disini ya. Saya paling suka ATV Pantai Esen.

1. ATV di Kg Perlis Balik Pulau.

- Paling awal ada.
- ATV dia macam dah lama dan ada banyak tapi mungkin banyak yang dalam servis.
- ATV ada jenis macam motosikal ada gear manual.
- Staf ramah cuma hari kami pergi tu, mereka macam kalut nak balik. 
- Laluan dia jalan tepi sawah, masuk lopak air, dan laluan berpasir. Pastikan pakai penutup mata kalau tak mahu pasir masuk mata. Bila pandu ramai-ramai, memang pasir naik masuk mata.
- Harga RM80 / orang.
- Masa dalam 1 jam saja. 

Di info mereka akan bagi bila kita whatsapp untuk tempahan.

.......... 
Hi Terima Kasih Kerana Menghubungi PENANG ATV ECO TOUR BALIK PULAU 😍

Harga Promosi Sempena Pembukaan Semula Slot ATV Ride‼️‼️‼️‼️‼️

Bermula 1st Sept 2021 (harga promo) 
Malaysian Rate 
Rm 80 Single seater
Rm 130 Double seater

Track cover 10km
Paling cepat 1jam perjalanan bergantung cara pemanduan(harga termasuk guide marshal) 

Pilih slot diantara jam 9pagi -5ptg

Untuk confirm booking slot boleh terus wasap no dibawah : Www.wasap.my/60134803866/bookingatvslot
..........

2. ATV Extreme Park Pantai Esen, Permatang Damar Laut

- ATV dia baru.
- Penerangan memang mantap.
- Staf peramah dan sangat membantu.
- Trek mencabar dan best. Sangat sesuai untuk lelaki. Tangan kena kuat pegang handle. Kalau tak, boleh jatuh. hihi
- Harga sama RM80.
- Trek dalam hutan dan tepi pantai. Pilih la waktu petang 6pm atau pagi sebab hari tu pi pilih tengahari. Memang terbakar kulit. Adoi~
- Penerangan oleh staf dia memang power. Ajar satu-satu cara hidup enjin dan cara kendali ATV.
- Enjin mereka 200cc.

Ni mesej kalau Whatsapp untuk booking.

.....
*PANTAI ESEN ATV EXTREME PARK* 🏝️

*PRICE*
◇RIDER *RM80.00*
◇PILLION *RM30.00* *MCO* 
*TIDAK DIBENARKAN..*
◇UNTUK BOOKING SLOT BOLEH LOCK DENGAN DEPOSIT RM100💵
◇DI RESIT TRANSAKSI TULIS "ATV SLOT TIME _____"

*JARAK 4KM PERGI BALIK*
*MASA 1JAM20MINIT*
*ADA 5 TREK*

*SYARAT WAJIB KESELAMATAN* 
◇ISI BORANG LEPAS TANGGUNG📝
◇BUAT PEMBAYARAN 💰
◇HELMET (disediakan)🪖
◇KASUT BERTUTUP👟
◇KANAK-KANAK DIBAWAH 6 TAHUN TIDAK BENARKAN👶🏻👧🏻👦🏻👩🏻🚫
◇PAKAI MASK 😷

*MARSHALL BRIEFING*
◇MARSHALL AKAN BAGI BRIEFING CARA MENGENDALIKAN ATV
◇TEST DRIVE 3-5 PUSINGAN 

*TIME TRIP*⏰
◇9.00am-10.30 am
◇11.00am-12.30pm
◇2.00pm-3.30pm
◇4.00pm-5.30pm
◇6.00pm-7.30pm(sunset)


*LIMIT 8 ORANG PESERTA SAJA UNTUK JADUAL 1 TRIP*

⏰ *PERHATIAN PESERTA PERLU DATANG 30 MINIT LEBIH AWAL UNTUK PENDAFTARAN DAN TEST DRIVE*‼️‼️‼️‼️‼️

👷🏼‍♂️KEPADA CUSTOMER JANGAN RISAU MARSHALL AKAN IRING DAN JAGA ANDA DI SETIAP TEMPAT 

🚫*PERINGATAN IBU MENGADUNG TIDAK DIBENARKAN DAN TIADA PENUMPANG DI BENAR(WAKTU MCO FASA2 NI)*‼️‼️‼️
....

Hari tu pergi masa 16 september dengan kawan-kawan di Pantai Esen. Jumlah semua 9 orang. Muka-mula masa briefing, agak takut juga rasa sebab dia kata boleh terbalik. Tapi bila bawa, memang best lah. Yang tak best tu harga dia. hihi

Dia bawa pusing dan boleh drift laju-laju.  Cuma yang tak best tu rehat lama kat pantai & tak boleh bawa sendiri. Kena ikut jalan mereka. 

Ni kat tepi pantai. Gaya tu ikut depa suruh. Bagus juga depa ni sporting. haha
Ni laluan dalam hutan. Pusing-pusing drift laju-laju.
Di Pantai Esen. Pasir naik masuk mata. Licin juga sebab macam nak melelong bawa. 
Ni pandangan dekat ATV. Cantik lagi warna dia.
Tempat letak kaki. Pastikan kaki tak terkeluar sebab untuk keselamatan.
Helmet.
Tayar ATV. Besarkan?
Bawah ni pulak ATV di Kg Perlis Balik Pulau.

ATV jenis motosikal tu habis comot merecik air kena kaki sampai tangan. Sebab tempat letak kaki kosong.
Berhenti ditepi sawah.

Geng tempat kerja sama.

Ok, Itu sahaja kali ini. Jumpa lagi. Jaane~ Zai jian~ 

Comments