Review : Kasut Sukan Jenama Asics (Hiking & Trail Runner)

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya akan berkongsi tentang kasut sukan jenama ASICS.

Kedai menjual kasut ASICS ada di Queensbay Mall tingkat Satu. Menurut pekerja kedai ASICS, diatas kedai ini ditingkat Dua terdapat kedai bagi mencuci kasut. Saya belum pernah tahu tentang perkara ini. Ini pertama kali saya mendengarnya. 

Ini resit pembelian Kasut tersebut. RM359.20 bagi kasut sukan jenis Trail Runner, iaitu sesuai untuk lari dan hiking. Manakala RM521.90 bagi kasut sukan jenis Hiking serta mempunyai teknologi Gore-Tex iaitu kalis air.
Ini contoh 3 jenis kasut sukan. Perhatikan perbezaan struktur & ketebalan tapak kasut. 

1) Yang berwarna pink jenama Scholl, kalau tak silap sesuai untuk 'WALK'. Tapi saya gunakan semasa bersenam di dalam rumah.

2) Kasut berwarna hijau untuk Trail runners. Tapak lebih tebal dan ada grip.

3) Kasut berwarna ungu untuk Hiking / panjat bukit. Grip dan tapak dia lebih tebal. 

Deskripsi bagi kasut Trail Runner. Made in Vietnam. Saiz 10.5 US. Ada tulisan "Synthetic Fiber Upper / Rubber sole".
Deskripsi bagi kasut Hiking. Saiz 8 US. Ada tulisan "Synthetic Fiber & PU & Synthetic leather Upper / Rubber sole". Material ini menyebabkan dia jadi kalis air. 
Ini berkaitan Gore-Tex. Kalau buat sedikit bacaan, Gore-Tex ni kena kerap cuci supaya dia mampu mengekalkan teknologi satu-arah air keluar daripada kasut. Katanya kalau masuk sungai, air takkan masuk dalam kasut. Kata penjual air boleh keluar tapi tak akan masuk dalam kasut. Tak pernah cuba lagi. Sayang nak cuba kat kasut baru. hihi

Kali ini nak tunjuk beza tiga jenis tapak kasut bagi jenis Walk /Run / Hiking.

Walk sole
Trail runner sole
Hiking sole
Kasut hiking tidak sesuai untuk berlari kerana lebih berat dan kurang cengkaman.
Ini rupanya kalau tapak kasut dipijak di atas pasir pantai.
Kali ini nak tunjukkan perbezaan melengkung kasut dibahagian depan jari kaki. Lengkungan ini membuatkan kaki berasa selesa bila pakai kasut.

Kalau perhatikan, lengkungan dia cuma sedikit.
Yang ini lengkungan lebih banyak.
Sebelum ini, keluarga saya biasa memakai kasut jenama Power sahaja. Harga pun dalam RM60 begitu. Sebelum saya membeli kasut ASICS ini, saya telah memakai kasut POWER selama 6 tahun, iaitu daripada 2016 hinggalah 2021. Kasut ini senang tercabut tapak dan telah selamat tercabut selepas aktiviti mendaki bukit baru-baru ini. Jadi selepas melakukan sedikit pembacaan, maka kami ingin mencuba kasut yang sedikit berkualiti.

Komen tentang kasut ASICS dan perbezaan dengan kasut POWER & jenama lain :
1) ASICS lebih mahal berbanding POWER.
2) ASICS lebih selesa bila dipakai.
3) Banyak jenis pilihan design - WALK / RUN /TRAIL RUNNER / HIKING / WATERPROOF
4) Material lebih berkualiti
5) Pelbagai range harga daripada paling murah dalam RM200 hingga RM1,000+.

Bagi saya, lebih baik spend sedikit wang untuk menjaga keselamatan dan keselesaan kaki. Tapi paling penting, kena jaga elok-elok supaya tidak hilang dan tidak rosak lah. 

Cara penjagaan ialah tidak mendedahkan kasut kepada panas melampau atau cahaya matahari melebihi satu jam dan jangan basuh dengan air sebab nanti rosak gam dia.

Ini kotak kasut ASICS. Ada tulis FujiTrabuco Lyte & Gel Trabuco 9G - TX.
Itu sahaja kali ini. Jumpa lagi. Jaane~ Zai jian~

Comments